Tekad Ingin Lihat Kaabah Depan Mata, Lelaki Berjalan Kaki 11 Bulan Dari UK ke Mekah

Tekad Ingin Lihat Kaabah Depan Mata

RIYADH: Menunaikan Rukun Islam kelima menjadi keinginan bagi setiap umat Islam di dunia sehingga ada yang sanggup menempuh perjalanan 11 bulan dengan hanya berjalan kaki ke Mekah.

Bagi memastikan misi menjadi duyufurrahman (tetamu Allah) terlaksana, Adam Muhammad atau mesra disapa sebagai Brother Adam tekad berjalan kaki dari Wolverhampton, Britain ke Mekah yang berakhir dengan suasana yang sangat menggembirakan.

Orang ramai yang berada di Masjid Aisha turut menyambut ketibaannya dengan suasana penuh meriah.

Adam yang berasal dari Kurdistan berkongsi kisah suka du’ka perjalanan yang memakan masa hampir setahun menerusi TikToknya, @adam.to.mecca.by.foot.

Katanya, dia memulakan perjalan ke Mekah dengan berjalan kaki sejak 10 bulan dan 26 hari lalu.

Dirinya menempuh perjalanan 6,500 kilometer dan melalui sembilan negara seperti Hungary, Republik Czech, Belanda, Jerman, Serbia, Austria, Bulgari, Turki, Syria, Jordan sebelum memasuki Kota Mekah.

“Ia satu perjalanan yang sangat mencabar, namun diiringi doa dari orang ramai agar niatnya dapat menunaikan haji ketika berusia 52 tahun.

“Jika di awalnya, perjalanan ini adalah impian menunaikan haji, namun, selepas menempuh banyak negara dan dikelilingi ramai orang baik-baik, ia adalah sebuah ‘perjalanan ummah’ buat semua iaitu melaksanakan Rukun Islam kelima bagi yang berkemampuan,” katanya.

Menurut Adam, cuaca buruk antara faktor menghalang perjalanan, selain troli barangan yang dibawa bersama untuk memasak dan menyimpan barangan beberapa kali patah.

Namun begitu, semangatnya tidak pernah luntur kerana dirinya tekad ingin melihat Kaabah di depan mata buat kali pertama.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet yang rata-ratanya turut sebak melihat kejayaan Adam kerana berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci itu.

Didoakan agar urusan Adam Muhammad dipermudahkan dan semoga mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.

Sumber: Republika, Utusan, Tiktok

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.