Pernah Dilabel ‘Tak Bagus’, Guru Bahasa Melayu Lahirkan Ramai Ilmuwan Matematik Naikkan Prestasi Sekolah Luar Bandar

Gambar hiasan
“Dulu di daerah saya ada seorang guru matematik hebat. Sangat merendah diri sifatnya. Asal mengajar sekolah menengah kemudian diturunkan ke sekolah rendah.
Dia cerita pada saya bahawa dia tak pandai. MCE (setaraf SPM) maths pun dapat 8. Bila daftar posting pengetua suruh ajar maths. Dia tak menolak walaupun bukan opsyen dia.
Dia menginap di store surau sebab tak dapat rumah sewa (sek luar bandar). Di situlah dia meneroka formula-formula maths bagaimana orang lemah maths seperti dia dapat memahami maths.
Hasilnya prestasi maths di sekolah dia bertugas meningkat setahun demi tahun. Suatu hari nazir datang sek buat pemantauan. Nazir tak puas hati cara dia mengajar sebab gunakan buku teks tingkatan 3 untuk pelajar tingkatan 5. Nazir buat aduan pada pengetua. Nazir kata guru ni tak bagus dan salah sbb ajar pelajar tingkatan 5 guna buku teks tingkatan 3. Pengetua jawab, bgmn tuan kata guru ni tak bagus? Sbb setiap tahun prestasi maths sek ni meningkat setiap tahun…
Allah itu Maha Pencatur. Suatu hari guru ni di tawarkan menjadi salah seorang penggubal soalan di Lembaga Peperiksaan berdasarkan merit keputusan maths yg drastik meningkat di sek tempat dia bertugas. Panel lain semasa pengenalan diri semua ada masters. Bila tiba giliran dia, “saya tak ada ijazah dan master cuma ada sijil perguruan opsyen Bahasa Melayu”. Tercengang semua…
Semeja dgn dia ialah nazir yg memantau dia dulu yg kata dia tak bagus dan salah sbb mengajar maths guna buku teks tingkatan 3 utk pelajar tingkatan 5.
Apa nazir tu kata? How can you be here? Oh.. ‘It’s a Small World’…(mcmn kau boleh berada di sini? Kecil sungguh dunia ini) Ujar nazir berbangsa tionghua itu.
Saya sempat menziarahi beliau semasa nazak di hospital ketika sakit. Saya sebak seketika sebab saya tahu insan ini adalah manusia mulia yang hebat dan ikhlas dgn tugasnya.
Bagaikan ada magic cikgu ni, mereka yg benci maths akan suka maths. Dari keputusan teruk akan dapat cemerlang. Anak saya pernah berada di bawah bimbingannya. Anak saya kata cikgu ni mengajar sangat santai dan tak marah2. Suka buat lawak.
Akhirnya Allah menjemputnya pulang ke negeri abadi. Suatu suasana yang sangat mengkagumkan. Lautan bekas anak murid dan ibu bapa hadir untuk memberi penghormatan kali terakhir.
Al fatihah buat arwah cikgu Ismail….”
***********
Saya terbaca perkongsian seorang sahabat guru tentang arwah Cikgu Ismail ini. Banyak benda yang kita boleh pelajari dari kisah arwah.
Alangkah hebatnya mereka yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat paling tinggi yakni PhD. Hebat dan bagus sangat kalian semua. Terus berjaya la kawan-kawan semua.
Namun jangan perkecilkan juga guru biasa yang atas kertasnya kelulusan rendah sahaja. Kerana universiti kehidupan menawarkan tidak kurang pengalaman dan kepakaran. Terkadang kepakaran mereka melebihi kawan-kawan yang punya lulusan yang lebih tinggi.
Teruslah terbang tinggi tanpa memperkecil mereka yang dibumi.

Komen warganet:
Norsyina TazaliN
Speechless baca kisah AImarhum Cikgu Ismail ni. Opsyen BM tapi disuruh mengajar Math SPM dan 4rwah memang benar2 buktikan bahawa pendidik boleh mengajar subjek yang bukan opsyen dengan telus dan ikhlas sekali.
Jiwa seorang pendidik sangat tebal dan sebati dalam dirinya.
Arwah tahu bagaimana nak tackle murid2 yang belum menguasai Math sebab arwah sendiri ada pengalaman belajar dari mula, from zero to hero.
Semoga syurga buatmu, duhai Cikgu Ismail.
Mohamad Hakim
Hakikatnya Malaysia ni ada ramai guru yang hebat-hebat. Cumanya malas nak buat sistem filing bagai. Maka tak dapat lah nak apply sebagai guru cemerlang. Sebab nak apply tu memang pentingkan filing dan evidence. Jadi hebat tu tak diiktiraf oleh kementerian.
Apa yang saya nak sampaikan, mungkin cikgu tu nampak biasa, tak ada title apa-apa. Tapi bila dia ajar, memang mudah sangat murid nak faham.
Nah
Ada seseorang yang saya kenal ada PhD dan ahli dalam bidangnya. Kata beliau, menggenggam PhD membuat beliau semakin sedar dan insaf betapa manusia itu tersangat sedikit ilmu. Pendek kata, semakin tinggi kita belajar semakin sedarlah betapa diri kita ini langsung tiada apa-apa melainkan dengan izin Tuhan.
Mdm Janetthy
Saya guna kaedah yang sama juga… Murid2 saya tahun 5&6 masih ada yg tak pandai membaca dan lebih sadis lagi..Abc pun tak kenal…pandai nyanyi tapi tak kenal mana satu abjad….Saya beli buku latihan prasekolah (bukan perli) utk merek belajar asas balik… bila dah kenal abc, saya kenalkan mereka dengan cara membaca suku kata (mengeja)… Dengan cara ini, boleh dikatakan lebih separuh daripada mereka sudah pandai membaca meskipun masih merangkak…Utk yg masih belum lancar, saya print dari google (bacalah sayang ) utk mereka baca…buku latihan (kedai eco rm2.60) jadi pilihan saya utk mantapkan kemahiran membaca, mengeja dan menulis (murah dan mudah difahami)…. kalau ada yg tanya / pertikaikan kenapa saya bagi buku prasekolah utk murid tahun 5&6, mohon mereka sendiri cuba terus mengajar murid2 ini…biar tahu tinggi ke tak langit…dalam ke tak lautan…. ☺️
Umihannisa Abd Halim
Pnglaman sy mngjar ank buah sy yg keciciran belajar…asbab mak sakit dr dia kecik..dr drjah 2 sek on off..masuk drjah 4 mak meninggal …mmg x de yg pntau..sy ambk keputusan jaga …bnd prtma sy tny asas….mmg kelaut…😢 Bnd pling mudah pon dia x boleh…kesian sgt…wlu masa sy ambk tu dia dh drjah 5…sy ajar dia latih tubi guna buku drjah 2..bck 2 basic…mmg hbis² sy polish…smpi dia jd peljr trbaik utk math…dpt 4A2C utk UPSR..dpt MUMTAZ utk PSRA..prcayalah asas tu penting…jgn malu mula dr bwh…
*********
Kalau ada anak lemah maths, disyorkan guna cara arwah Cikgu Ismail ini. Anak darjah 5, bagi je buku latih tubi darjah 3 dulu. Bagi mereka kuasai betul-betul aras bawah, mantapkan operasi asas sebelum mereka serap silibus semasa mereka.
Asas kena mantap.
Yang cari buku latihan untuk mantapkan anak-anak dalam Matematik, klik sini : https://shope.ee/9K4ZlZVkXo
Sumber : FB Mohd Fadli Salleh