Baru Menyambut Ulang Tahun Ke 103 Tahun, Bekas Calon Wanita Tertua PRU, Tok Mun MeninggaI Dunia

Bekas Calon Wanita Tertua PRU, Tok Mun MeninggaI Dunia

KUALA TERENGGANU – Bekas calon Bebas yang juga calon wanita tertua Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun yang berusia 103 tahun, meninggaI dunia di rumahnya di Kampung Sungai Atas Tol di sini, petang tadi.

Cucunya, Tuan Norazlina Tuan Lah, 51, berkata neneknya itu menghembuskan nafas terakhir pada 3.30 petang selepas tahap kesihatannya merosot sejak tiga atau empat bulan lepas disebabkan pelbagai komplikasi s4kit tua.

“Allahyarham memang tinggal bersendirian di rumahnya tapi ramai anak saudara dan cucu saudara yang tinggal berdekatan datang menjaganya secara bergilir kerana Tok Mun enggan tinggal di rumah lain.

“Rutin harian kami memang menghantar makanan, membersihkan dan menemaninya tidur, namun petang tadi saya terima panggilan telefon yang memaklumkan Tok Mun meninggaI dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tuan Norazlina berkata neneknya itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-103 pada 24 Jun lepas.

Maimun Yusof

Beliau menyifatkan neneknya itu sebagai seorang yang sangat berani, berprinsip serta bercita-cita tinggi untuk membantu masyarakat yang dibuktikan menerusi penyertaannya sebagai calon pilihan raya.

Menurutnya jen4zah Tok Mun akan dikebumikan di Tanah Perku buran Islam Kampung Atas Tol pada 10 pagi esok.

Sejarah penglibatan warga emas itu sebagai calon Bebas pada PRU12 dan PRU13 pernah menggemparkan negara, malah mendapat liputan media antarabangsa apabila berjaya ‘memecah undi’ tokoh PAS pada PRU12, iaitu Mohamad Sabu.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, selain Tok Mun dan Mohamad, calon Barisan Nasional iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail menang tipis dengan majoriti 628 undi.

Tok Mun yang hilang wang pert4ruhan memperoleh 685 undi, manakala Razali menang dengan 32,562 undi sementara Mohamad meraih 31,934 undi.

Pada PRU13 pula, Tok Mun yang mencabar calon BN Datuk Mohd Zubir Embong dan calon PAS, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di Parlimen sama, sekali lagi hilang wang pert4ruhan apabila hanya meraih 182 undi.

Kali terakhir ditemu bual Bernama pada 2021, Tok Mun membayangkan hasratnya untuk terus menjadi calon sekiranya mendapat sokongan kewangan daripada mana-mana pihak.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.