Hidup Berdua Di Bilik Sewa RM100 & Hanya Mampu Makan Nasi Putih 50 Sen, Suami Mohon Bantuan Kain Ka’fan Buat Arwah Isteri B0ngkar Kisah Pilu

Suami Mohon Bantuan Kain Ka’fan Buat Arwah Isteri B0ngkar Kisah Pilu

Ramai yang mampu kahwin, tetapi tidak semua mampu mempertahankan ikatan yang dibina daripada sebuah penceraian. Ramai yang mampu untuk menjalani rumah tangga sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya, tetapi tidak ramai yang boleh membawa cinta ini kekal hingga akhir hayat.

Seperti kisah seorang warga emas ini, di mana dia telah kehilangan isteri tercinta setelah sekian lamanya menyulam kasih bersama pasti akan buatkan air mata kita menitis menyelami kisah cinta mereka.

Kain ka’fan untuk isteri

Siapa sangka satu panggilan untuk memohon bantuan mendapatkan sehelai kain ka fan rupa-rupanya membawa kita kepada sebuah kisah mengharukan di antara pasangan suami isteri tua yang hanya hidup berdua di bilik kecil.

Sehelai kain putih mungkin tidak bermakna bagi sesetengah orang. Namun, ianya begitu bermakna bagi warga emas yang tidak berkemampuan ini.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Abam Botak, katanya ketika dia sampai sahaja di rumah tersebut, si suami terus memelukya kerana sungguh terharu atas kesudian mereka memberikan bantuan waima hanya kain ka fan.

“Terima kasih banyak kerana sudi bantu saya dan 4rwah isteri,” kata lelaki tua itu.

Apabila ditanya dimana isterinya akan dikebumikan?

“Di seberang jalan Kg.Seng Kee,” jawabnya.

Siapa pula yang akan memandikan jen4zah itu?

“Ada jiran tetangga yang sudah tunggu untuk menguruskan urusan pengebumian 4rwah,” balasnya.

Lega, setidaknya jen4zah sudah tentu akan diuruskan dengan baik selepas ini. Suasana kembali suram masih terkesan pemergian arwah isterinya ketika itu.

Beli nasi putih 50 sen di pasar makan bersama isteri

Entah bagaimana, dalam tidak sedar suami arwah dengan tiba-tiba mula bersuara perlahan tetapi masih mempu untuk didengar di telinga.

“Kau tengoklah dapurku, apa pun tiada. Gas memasak pun tiada. Tiada apa-apa yang dapat aku berikan kepada kamu sebagai balasan membantu aku,” ucapnya ikhlas tetapi perasaan yang masuk di jiwa itu sungguh luar biasa selepas mata menyaksikan sendiri keadaan dalam rumah tersebut.

Memang tiada apa yang boleh dibanggakan dari segi harta atau kebendaan. Tiada anak, tiada saudara mara, tiada harta, hanya tinggal berdua. Dan kini isterinya sudah meninggal, tinggallah dia sebatang kara meneruskan hidup.

Menurutnya, untuk makan sahaja, dia dan arwah isterinya hanya membeli nasi putih yang berharga 50 sen di pasar. Jika ada duit lebih barulah mereka merasa lauk-pauk seperti telur atau ikan.

Tuan rumah tidak berkira dengan pasangan suami isteri ini

Mujur dalam setiap kesu sahan yang perlu ditempuhi olehnya, Allah SWT hadirkan bantuan dari bentuk kemudahan tempat tinggal dan jiran tetangga yang prihatin. Walaupun harga sewa bilik itu RM 100 sebulan tetapi tuan rumah tidak pernah memaksanya untuk bayar dengan jumlah yang sedemikian.

Apa yang diberikannya, maka itulah yang diterima dengan ikhlas hati oleh tuan rumah. Sekiranya ada seringgit di tangan, maka seringgit itu jugalah yang dibuat untuk membayar sewa bilik tersebut.

Setia hingga hujung nyawa, biar jasad memisahkan hati tetap bersatu terus mencintai

Bukan kerana harta sesebuah perkahwinan itu kekal setia. Bukan juga kerana rupa ianya kekal bahagia. Tetapi makna perkahwinan yang membawa erti bahagia yang sesungguhnya ialah apabila dua hati saling berkasih sayang dan cinta mencintai denga bahasa mereka sendiri.

Kadang kala kita melihat sesuatu yang mewah dan besar itu suatu kebahagiaan. Namun apabila difikirkan dengan logik akal yang jernih, sungguh sekali rasa bahagia itu kita sendiri yang cipta. Walau sedaif mana keadaan kita, sekiranya ada perasaan syukur, rasa tenang sentiasa, maka itulah maksud bahagia yang sebenar-benarnya.

Seperti mana kisah si suami dan arwah isterinya ini yang susah senang, gembira dan sedih bersama tanpa jemu dan lelah. Itulah dua insan yang mampu mempertahankan cinta dan rumah tangga sehingga ke akhir hayat.

Sumber: Abam Botak, majalahilmu.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.