Detik Pertemuan Semula Warga Emas Dengan Kucing Kesayangan Yang Terpisah Dalam Banjir Berakhir Penuh Duka Apabila Si Kucing Akhirnya ‘Pergi’ Di Pangkuannya

Banjir 2021

Banjir yang berlaku di Baling baru-baru ini mengingatkan kembali kepada benc4na banjir besar yang berlaku pada tahun lepas.

Pada penghujung tahun lepas, bencana banjir yang berlaku secara tiba-tiba di beberapa negeri di semenanjung Malaysia telah mengakibatkan banyak ny4wa terk0rban. Kejadian tersebut juga menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Selain daripada tempat tinggal, haiwan peliharaan juga kebanyakannya hilang  dan ada yang m4ti dek kerana terper4ngkap dalam bah yang melanda.

Namun, ada satu kejadian yang mengharukan terjadi ketika benc4na tersebut.

Walau telah beberapa bulan berlaku, ia masih segar bermain dalam ingatan khusus pada pencinta kucing khususnya.

Detik Pertemuan Bapa Dengan Kucingnya

Dalam kejadian bajir yang melanda tahun lepas, beberapa hari setelah b4njir semakin surut, sebuah video tular di media sosial memaparkan detik-detik pertemuan semula seorang lelaki warga emas dengan kucing peliharaannya selepas 5 hari terpisah kerana banjir.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Aziah Lia, kucing bapanya dijumpai dalam keadaan selamat apabila ia sempat berlindung di atas siling rumah.

Akan tetapi, kucing tersebut ditemui dalam keadaan sangat Iemah kerana tidak dapat makan ketika banjir menenggelamkan kediaman mereka.

Dapat dilihat menerusi video itu, warga emas itu menangis semahu-mahunya sambil memeluk kucingnya yang sudah 5 hari terpisah, dan tanpa menunggu lama, dia segera mencari makanan untuk si kucing yang kelihatan tidak bermaya.

Video:

Difahamkan, mereka telah membawa kucing yang berusia 18 tahun itu ke klinik haiwan untuk diberikan rawatan kerana keadaannya semakin membu’ruk. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila ia kemudiannya m4ti dipangkuan warga emas tersebut.

Video itu telah tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, terutama sekali pencinta haiwan yang rata-rata meluahkan rasa simpati dan sedih melihat video berkenaan.

Kebanyakannya merasa sungguh sebak dan terharu mengenang usaha si kucing itu berjuang untuk bertahan hidup demi mahu berjumpa tuannya biarpun buat kali terakhir.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut berduka, menyelami perasaan warga emas tersebut yang menganggap kucing peliharaannya sudah seperti keluarga sendiri.

Semoga warga emas ini tabah dengan pemergian kucing kesayangannya…

Sumber : Buletin Malaysia, Aziah Lia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *