Bapa Dan Anak Lelaki 5 Tahun Ditemui Rentung, Rumah Terbakar

Bapa, anak 5 tahun rentung rumah terbakar

ALOR GAJAH – Dua beranak, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung dalam keba’karan sebuah rumah di Kampung Cherana Puteh, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, m4ngsa Allahudin Abdul Hamid, 51, dan anaknya, Muhamad Badrol, 5, ditemui rentung oleh sepasukan b0mba dari Balai B0mba dan Penyelamat Alor Gajah.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Yusof berkata, panggilan kecem4san diterima pada pukul 1.56 pagi dan sembilan anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati sebuah rumah separuh kekal telah terbakar sebanyak 70 peratus.

“Orang awam kemudian memaklumkan terdapat dua m4ngsa di dalam premis tersebut dan operasi menyelamat telah menjumpai seorang lelaki serta kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, m4ngsa lelaki telah ditemui di dalam bilik air, manakala anaknya berada di bilik tidur utama kediaman tersebut.

“Kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dan m4yat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat pada pukul 5.19 pagi tadi,” katanya.

Pasukan bomba membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.

Sumber:KOSMO! ONLINE

> HARMAGIDUN<

Untuk pelbagai info lain boleh join grup dan layari laman web dan follow telegram dibawah:

Join grup Pesan Bonda dengan Klik >>> PESAN BONDA <<< untuk mengimbau kembali segala petua serta pesanan bonda dan ayahanda kita sejak kita kecil hingga dewasa.

Nak tengok-tengok barang daripada shopee  boleh follow >> Barang Shopee Viral <<

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *