Awan Cantik Tapi Ser4m Terjadi Di Kota Kinabalu, Ini Yang Berlaku!

Pada awal bulan ini, kita dikejutkan dengan kejadian puting beliung serta bentuk awan yang unik berlaku di Kota Kinabalu, Sabah. Fenomena Awan Arcus ini meraih perhatian warga maya yang kebanyakannya berasa ri,sau dan se,ram dengan kejadian tersebut.

Tangkap layar paparan puting beliung terbentuk di Kota Kinabalu dari video yang tular

Mengulas kejadian itu, Pakar Klimatologi, Dr Ramzah Dambul menjelaskan fenomena itu sememangnya amat jarang berlaku di ibu kota tersebut di mana hanya 3 kali dalam tempoh 1 dekad iaitu pada 2021, 2016 dan 2022.

Tangkap layar paparan puting beliung terbentuk di Kota Kinabalu dari video yang tular

Fenomena Awan Arcus

Fenomena bentuk awan yang dirakam di Kota Kinabalu baru-baru ini

Menurutnya yang dikenali sebagai Dr Rem lagi, “Awan rendah yang memanjang seperti 0mbak tsu,nami ini, sebenarnya ada hubungan sepupu dengan awan kumul0nimbus. Kedua-dua awan ini terbentuk akibat pertem,bungan udara panas dan sejuk, satu situasi atm0sfera yang tidak stabil. Sebab itu cuaca biasanya akan disusul angin kencang, hujan lebat dan ribut petir, dengan kehadiran awan-awan begini.

Cuma bezanya, kumul0nimbus (yang kelihatan macam cendawan kubis, mirip letusan b0m at0m Hir0shima) berada pada level lebih tinggi. Awan kumulonimbus ini juga, merupakan fen0mena yang amat lazim di negara tr0pika seperti Malaysia. Biasa-biasa saja.”

Dr Ramzah Dambul

“Tapi awan arcus ini sangat, sangat rare. Kalau ikut sorotan literatur media sosial, awan ini pernah muncul di Kota Kinabalu pada Jun 2012 dan Jun 2016. Namun kali ini berlaku selepas bulan Jun”

“Di Queensland, Australia. pada bulan Oktober setiap tahun, kebarangkalian untuk awan ini muncul ialah 40%. Maksudnya, 4 kali dalam 10 hari (pada bulan Oktober saja). Tempat ini dianggap paling biasa berlaku untuk pembentukan awan arcus, di seluruh dunia.” tambahnya lagi.

Dr. Rem menambah bahawa walaupun fenomena awan arcus ini petanda cuaca kurang baik, namun tidaklah bahaya seperti t4ufan dan orang ramai tidak perlu p4nik.

“Nikmati kecantikan alam dan tanda keagungan Tuhan yang sangat jarang-jarang berlaku ini.” tulisnya lagi.

Lihat Video Pembentukan Puting Beliung di : Facebook Tawau Kini

Sumber : Facebook Dr. Ramzah Dambul/Sabah Info/ Therakyatpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *