Lelaki Ini Berjalan Kaki Dari UK Ke Makkah Untuk Tunai Haji 2022

Hebat dan sungguh menginspirasi! Hanya dengan berjalan kaki, lelaki ini mampu sampai ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu haji. Adam Muhammad, 53, bertolak dari rumahnya di Wolverhampton, UK dengan berjalan kaki sambil menolak troli seberat 250 kilogram pada 1 Ogos 2021 dan kini telah pun berada di Makkah seperti dilaporkan oleh Arab News pada Rabu, 6 Julai 2022.
Kembaranya telah menempuh jarak hampir 6,500 kilometer dalam 11 bulan 26 hari dan merentas 10 buah negara termasuk Belanda, Jerman, Republik Czech, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Lubnan, Syria, dan Jordan.
Secara puratanya, beliau yang berketurunan Iraq-Kurdish itu telah berjalan kaki sejauh 17.8 kilometer dalam sehari dan sampai ke Masjid Ayesha, Makkah pada 26 Jun lepas.
Kedatangannya di kota suci itu disambut oleh sekumpulan besar jemaah haji, penduduk tempatan dan 2 orang anak perempuannya yang datang dari UK dengan menaiki kapal terbang.
“Syukur dan saya sangat gembira dapat memenuhi impian dan menamatkan perjalanan ini…saya terharu dengan sambutan yang diberi oleh jemaah haji daripada pelbagai negara. Saya sangat bersemangat untuk menunaikan haji kerana ibadah ini adalah impian terbesar saya.
“Saya berterima kasih kepada Allah kerana menjadikan perjalanan ini dan impian sejak dulu sebagai kenyataan. Ini bukanlah satu perjalanan yang mudah bagi saya tetapi saya terpaksa meng0rbankan segala-galanya demi Allah dan manusia.
“Saya sibuk membaca Al-Quran sejak sekatan dikenakan berikutan pandemik C0V1D19. Tiba-tiba, saya terjaga pada suatu hari dan sesuatu dalam diri saya menyuruh saya pergi ke Makkah dengan berjalan kaki dan saya putuskan untuk melakukannya,” katanya.
Sebelumnya, Adam mengambil masa selama 2 bulan untuk mempersiapkan perjalanan suci itu dengan bantuan dan sumbangan daripada pelbagai badan dan rakan.
Berkongsi tentang kembaranya, Adam memaklumkan bahawa antara cabaran yang dihadapinya adalah cuaca dan perjalanannya.
“Sepanjang perjalanan tiada berdepan masalah besar kecuali ditahan pihak berkuasa p0lis di beberapa negara yang bertanyakan tujuannya dan mereka terkejut apabila mereka mengetahui mengenai perjalanan unik saya,” katanya.
Menurutnya lagi, sepanjang perjalanan ramai orang yang tampil untuk membantunya sama ada memberikan makanan, tempat rehat ataupun menolongnya menolak trolinya yang berisi barangan keperluannya.
Pengalamannya itu turut dirakam dan didokumentasi serta dikongsi di laman laman media sosialnya. Menerusi platform itu juga beliau sering menyebarkan pesanan tentang kedamaian dan kesetaraan.
Walaupun pengikutnya semakin bertambah di laman TikTok, Adam menegaskan perjalanannya bukanlah untuk populariti, tetapi untuk ibadah dan agama.
Semoga Adam Mohammed mendapat haji yang mabrur bersama dengan jemaah haji dari seluruh dunia.
Berada di Hari Arafah ini dan berkata tentang peng0rbanan, sepanjang hidup apa yang kita benar-benar telah k0rbankan seikhlas-ikhlasnya untuk agama ini? Tepuk dada tanya iman.
Tiada yang mustahil dengan tekad yang kuat serta berserta usaha dan izin Allah SWT. Allahu akbar!
Sumber : MSN/Latestly/TikTok Peacejourneyfromuktomecca