Sangat Menca’bar! Tak Sangka Ini Yang Di Hadapi Oleh Gadis Mualaf Korea Ini Ketika Pertama Kali Jejak Malaysia

Gadis Mualaf Dari Korea 

Sangat Menca’bar! Tak Sangka Ini Yang Di Hadapi Oleh Gadis Mualaf Korea Ini Ketika Pertama Kali Jejak Malaysia

KISAH hijrah Ayana Moon sangatlah menarik untuk dibaca kerana ianya sangat menginspirasikan ramai orang. Gadis cantik yang dikenali dengan nama penuhnya Ayana Jihye Moon cukup dikenali, khususnya di wilayah Asia, sebagai seorang ‘instafamous’ mualaf yang berasal dari Korea Selatan.

Siapa sangka, sebelum Ayana memutuskan menjadi mualaf, dia menghadapi pebagai dugaan dan tentangan mengenai keputusannya untuk bertukar agama.

Ayana Jihya Moon diduga dengan t3ntangan keluarga, Semasa dia memilih Islam sebagai pegangan hidup, Namun, ia sedikit pun tid4k melem4hkan, semangat dan kepercayaan Ayana terhadap Allah SWT sebaliknya menambah membuatkan dirinya semakin mahu mendalami agama suci ini.

Terdetik hati untuk memeluk Islam pada tahun 2012, anak kepada se0rang pemimpin politik di K0rea Selatan ini mengakui cara hidup Islam menerbitkan dimensi baharu buat dirinya dan membawa kebaikan itu di dalam negara kelahiran dan juga luar negara.

Ujar Ayana, “Saya mula tertarik dengan Islam sejak kecil lagi sebab jatuh cinta dengan kebudayaan Timur Tengah selepas mempelajari tentang Timur Tengah sehingga menarik perh4tian saya untuk memeluk Islam.

Alhamdulillah, pintu hati saya terbuka untuk menerima Islam pada tahun 2012. Hidup sebagai se0rang Muslimah di K0rea s4ngat menc4bar. Sukar untuk saya dapatkan pekerj4an hanya kerana saya berhijab.

Jika ditawarkan pekerj4an pun kebanyakannya bersangkut paut dengan perkara h4ram untuk dilakukan antaranya termasuklah perlu mengambil minuman beralk0hol mengikut bud4ya masyar4kat di sana.

Terbaru, menerusi entri Ayana di Inst4gram, gadis mualaf ini mengimbas kembali memori suka duka sebelum dikenali ramai.

“Masih terbayang lagi saat pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia. Waktu itu saya hanya mampu tinggal di guest house dan bukan hotel. Sebab tak cukvp duit. Sebenarnya, duit simpanan masih ada tapi terp4ksa berjimat untuk keperluan akan datang.

Lebih-lebih lagi masa itu saya masih belajar. Lepas saya bertekad mahu meninggalkan K0rea, tak dinafikan mak dan ayah rasa sangat sedih. Disebabkan keputusan saya itulah mereka berhenti memberikan duit kepada saya.

Sudahnya, segala keperluan sepanjang berhijrah termasuk perbel4njaan makan minum dan tiket penerbangan ditanggung sendiri dengan baki duit yang ada. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah, sekar4ng saya dah berkemampuan untuk pergi dan tinggal di mana saja.” Katanya.

Begitulah pengalaman yang dikongsikan oleh gadis ini ketika dia mula-mula untuk memilih berhijrah. Namun dengan ketabahannya, dia kini berjaya walau berada di Negara asing.

Semoga Ayana Jihye Moon terus diberi ketabahan dalam menjalankan hidupnya sebagai seorang muslim.

Kisah perjalanan gadis cantik Korea Ayana Moon sehingga menjadi mualaf:

Lahir di Korea Selatan

Ayana Jihye Moon lahir pada tanggal 28 Desember 1995 di Korea Selatan. Selain menjadi seorang selebriti instagram, Ayana Moon juga merupakan content creator Youtube dan juga model muslimah di Malaysia & Indonesia.

Setelah tamat sekolah menengah atas (SMA), Ayana Moon memutuskan untuk menyambung pengajiannya di sebuah perguruan tinggi di Malaysia.

Perjalanan menjadi mualaf

Perjalanan Ayana Moon menjadi mualaf ternyata tidak semudah yang dikira. Banyak dugaan terpaksa dia hadapi ketika memutuskan untuk bertukar agama. Tntangan terbesarnya adalah daripada pihak keluarganya sendiri.

Ayana Moon memeluk agama Islam semenjak tahun 2012 iaitu ketika dia masih duduk di bangku sekolah. Dia mendapat tentangan hebat daripada keluarganya sehingga ia pernah tidak diakui sebagai anak lagi.

Dia harungi segala kesulitan dengan tabah sehingga akhirnya sang adik, Aydin Moon, menyusulinya untuk memeluk agama Islam.

Menurutnya, Aydin sendiri memilih untuk menjadi seorang mualaf pada tahun 2019.

Karier

Ayana  dikenali sebagai seorang selebriti instagram dan menjadi model untuk beberapa jenama terkenal di Indonesia dan Malaysia.

Bahkan, Ayana Moon juga sering menjadi tetamu jemputan di beberapa rancangan televisyen swasta.

Fakta unik

Siapa sangka, wanita cantik itu ternyata sangat meminati sukan bola sepak dan memiliki kelab bola sepak yang dia sangat kagumi iaitu Barcelona. Tidak hanya itu, Ayana yang berasal dari Korea Selatan itu juga mengidolakan salah satu boyband iaitu EXO.

Ayana Moon telah menerbitkan sebuah buku bertajuk  ‘Journey to Islam’ di mana dia memuatkan kisah penghijrahannya yang menyentuh hati banyak pihak.

Sumber:mymedia.com, majalahilmu.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.