Cantik Bagai ‘Alam Fantasi’, Teleskop James Webb NASA Dedah Gambar Terkini Alam Semesta

Cantik Bagai ‘Alam Fantasi’

Teleskop ‘gergasi’ angkasa milik NASA, James Webb buat pertama kali mendedahkan gambar-gambar cakerawala terjauh pernah dirakam yang begitu menakjubkan.

Hari ini kita dipaparkan dengan pendedahan gambar segenap ruang alam semesta yang dihiasi dengan gugusan jutaan bintang, galaksi dan seumpamanya hasil ‘cerapan’ dari lensa James Webb.

Justeru NASA James Webb secara rasminya mendedahkan beberapa lagi foto menarik ruang angkasa kita yang berjaya dirakam menerusi satu kemas kini baharu sebentar tadi.

Merujuk portal NASA, berikut di bawah adalah lima penemuan ‘pemandangan’ baharu di alam semesta. Jom kita saksikan.

SMACS 0723

Gambar: James Webb NASA

Teleskop James Webb kini telah menghasilkan gambar infra merah yang paling jauh dan tajam bagi alam semesta setakat ini. Ia mengambil masa hanya 12.5 jam sahaja.

Bagi seseorang yang sedang memandang ke atas, ia adalah sebuah pandangan yang luas untuk sebuah gambaran baharu. Hal ini kerana, setiap komposit warna bagi pelbagai paparan dianggarkan berjarak dua jam setiap satu.

Ia lebih kurang sebesar saiz sebutir pasir yang berukuran panjang lengan. Medan dalam ini menggunakan gugusan galaksi lensa bagi mencari beberapa galaksi paling jauh pernah dikesan.

Gambar ini juga merupakan permulaan melihat keupayaan Webb dalam mengkaji ruangan angkasa dan menjejaki kembali galaksi semasa permulaan masa kosmik.

WASP-96b (spektrum)

Gambar: James Webb NASA

WASP-96b (spektrum) ini merupakan pemerhatian terperinci Teleskop Webb terhadap planet ‘panas’ dan ‘gebu’ di luar sistem suria kita.

Ia mendedahkan tanda kehadiran air yang jelas bersama-sama bukti jerebu dan awan yang tidak dapat dikesan oleh kajian terdahulu tentang planet ini.

Dengan penemuan air pertama oleh Webb dalam atmosfera exoplanet, sekarang kita akan mampu mengkaji dan memahami sistem lain di atmosfera yang terbentuk di planet lain.

Nebula Lingkaran Selatan

Gambar: James Webb NASA

Lingkaran nebula yang terdapat pada planet ini disebabkan oleh awan gas yang mengembang dan mengelilingi bintang yang hampir mati.

Bagaimanapun, ia terletak kira-kira 2,000 tahun cahaya jauhnya. Melalui kecanggihan lensa infra merah Webb, ia mampu melihat bintang kedua yang mati secara penuh buat kali pertama.

Dari fasa lahir hingga mati sebagai nebula planet, teleskop ini meneroka ‘cengkerang’ debu dan gas bintang yang semakin tua yang berkemungkinan menjadi bintang atau planet baharu.

Stephan’s Quintet

Gambar: James Webb NASA

Stephan’s Quintet merupakan sekumpulan galaksi padat yang terletak dalam buruj Pegasus, menembusi ‘sekelompok’ debu yang mengelilingi pusat satu galaksi.

Stephan’s Quintet juga mendedahkan halaju dan komposisi gas berhampiran lubang hitam supermasifnya. Sekarang, saintis boleh mendapatkan pandangan yang jarang berlaku itu dalam kajian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kajian itu meliputi bagaimana galaksi yang berinteraksi dan mencetuskan pembentukan bintang antara satu sama lain serta bagaimana gas dalam galaksi ini terce mar atau terganggu.

Carina Nebula

Gambar: James Webb NASA

Pandangan Webb pada ‘Cosmic Cliffs’ di Carina Nebula mendedahkan fasa terawal dan cepat pembentukan sesebuah bintang yang sebelum ini tersembunyi.  Teleskop ini juga melihat kawasan pembentukan bintang di buruj Carina selatan dan mampu melihat bintang yang baru terbentuk serta mengkaji gas dan habuk yang terbentuk.

Sumber: NASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.