Tidak Sempat Sambut Aidiladha bersama, Lelaki Sempat Jenguk Ibu Sebelum Temui AjaI Dalam Parit

Sempat jenguk ibu sebelum temui ajaI dalam parit

DUNGUN – Kehilangan seorang nelayan sejak awal bulan ini terjawab apabila m4yatnya ditemui di dalam parit berhampiran rumahnya di Kampung Rajawali di sini kelmarin.

Mangsa, Mohd. Azizul Hafiz Abdullah, 42, dipercayai terlibat dalam kemaIangan berikutan penemuan motosikalnya jenis Honda Dash berdekatan m4yat lelaki itu pada pukul 3 petang.

Adik m4ngsa, Ahmad Zulnasri, 40, berkata, kali terakhir abangnya dapat dihubungi keluarga pada 1 Julai lalu.

Si m4ti masih bujang dan tinggal seorang diri di Kampung Rajawali.

“Sehari sebelum hilang, arw4h abang pulang ke kampung menjenguk ibu di Pulau Serai.

“Semasa pertemuan itu, dia mengadu demam dan s4kit kepala sebelum pulang ke rumahnya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Ahmad Zulnasri, keluarga yang bimbang dengan kehilangan abangnya telah mela­kukan pelbagai usaha termasuk mencari lelaki itu hingga ke pekan Paka sebelum membuat lap0ran poIis pada 5 Julai lalu.

“Sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini bagaikan tidak sempurna tanpa kehadiran abang. Rupa-rupanya dia terjatuh ke dalam parit sewaktu menunggang motosikal tidak jauh dari rumahnya,” katanya.

Anggota p0lis memeriksa m4yat Mohd. Azizul yang dijumpai di dalam parit berhampiran Kampung Rajawali, Dungun kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah membe­ritahu, m4yat Mohd. Azizul Hafiz dijumpai terbaring di dalam parit oleh beberapa penduduk kampung.

“Berdasarkan keadaan motosikalnya, kita percaya m4ngsa terlibat dalam kemaIangan sebelum meninggaI dunia. M4yatnya dihantar ke HospitaI Dungun untuk dibed4h si4sat,” katanya.

Kes disi4sat mengikut Sek­syen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : K0smo

Leave a Reply

Your email address will not be published.