(VIDEO) Netizen Dakwa Terlihat Kelibat Anak Kecil Atas Pokok, Video Pencarian Adik Jude Angel Tular! Semoga Cepat Ditemui…

OPERASI MENCARI ADIK JUDE ANGEL MASUK HARI KE-6

BEAUFORT: Usaha mencari adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Saliwangan Baru, di sini, masuk hari keanam, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, operasi yang bermula jam 9.21 pagi semalam dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot.

Katanya, pencarian di kawasan belukar serta ladang kelapa sawit sekitar juga masih diteruskan.

“0perasi hari ini membabitkan 17 anggota dan pegawai b0mba, P0lis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua anjing pengesan K9 serta pasukan Angkatan Pert4hanan Awam Malaysia (APM).

“0perasi turut dibantu seramai 70 penduduk kampung berhampiran dan setakat ini, m4ngsa masih gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Adik Jude Angel yang dijaga neneknya dilap0rkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah keluarga berkenaan.

M4ngsa dipercayai sesat di hutan ataupun terjatuh ke sungai berhampiran.

INFO

– Tiada petunjuk dan pembayang sama sekali tentang jejak m4ngsa

PESANAN B0MBA

Mari kita berdoa agar m4ngsa cepat ditemui dan minta semua penduduk Beaufort sama-sama membantu melihat sungai2 di sekitar beaufort. Jika ternampak sesuatu mencurig4kan. kami mengalu-alukan kepakaran dari mana-mana pihak tidak kira apapun cara mis’tik dan nyata yg dipersetujui dan tidak melanggar sop SAR. Sekian terima kasih. Hubungi BBP Beaufort 087212025 .

Sumber : Info X

POSTING WARGANET :

Warganet 1

Moga urusan keluarga ini dipermudahkan pencarian anak beliau iaitu Jude Angel yang 4 hari suda hilang.. 😭😭 kalau betul la dia ada di sana minta mana2 pihak yang pandai bantu family ini supaya dpt kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Hati parents mana yg tidak susah hati 😭😭…

Warganet 2

Tular di media sosial satu video yang dikongsikan erryckmasda di tiktok mengenai usaha pencarian adik Jude Angel yang hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Saliwangan Baru.

Di video jelas kedengaran suara-suara ahli keluarga mereka memanggil adik Jude. Sehingga kita merasa amat sayu hati sekali mendengarnya.

Video : Di Mana Adik Jude Angel?

Namun apa yang menjadi tanda tanya adalah, beberapa komen netizen menyatakan mereka melihat anak kecil di atas pokok. Ada yang melihatnya dengan jelas dan ada juga yang tidak melihatnya langsung.

Sumber : Info X, Kupikupifm, erryckmasda (Tiktok), MGozhna Thimvada (Facebook)

Leave a Reply

Your email address will not be published.