“Yang Penting Hati Kena Kering!”-Wanita Kongsi Cara Alternatif Singkirkan Kahak Anak

Cara Alternatif Singkirkan Kahak Anak

Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini menyebabkan ramai individu dijangk1ti peny4kit seperti demam, selesma dan batuk-batuk. Tidak terkecuali bayi dan kanak-kanak.

Pasti ibu bapa risau untuk uruskan kanak-kanak kecil  dij4ngkiti peny4kit seperti ini kan? Apa taknya, takut tersilap langkah, lain pulak jadinya.

Namun jangan risau, ikuti perkongsian wanita ini mengenai cara alternative yang boleh  korang cuba sendiri di rumah. Bahan pun mudah dicari, guna bahan kat dapur jee.. Yang paling penting, hati kena kering! Kalau tak, tak jadi..

Baca perkongsiannya:

Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selsema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru; menjadikan jumlah “senj4ta” dia cukup 4 batang.

Memang padu dan p3rit. Ibu menyusu mungkin faham. Haha..

Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion.

Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.

Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.

Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selsema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini.

Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk d0ktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya.

Bahan yang diperlukan ialah:

  1. Periuk nasi
  2. ‎1 labu bawang putih (8-10 ulas)
  3. ‎Air
  4. ‎Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini)
  5. ‎Hati yang ‘kering’. Kahkah

Bawang putih amat bagus kerana ianya natural anti-vi rus dan an’tibiotik.

Kaedah penyediaan air stim:

  1. Tuang air dalam periuk nasi.
  2. ‎Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha
  3. ‎Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.
  4. ‎Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.

Kaedah stim dan tepuk percussion:

  1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.
  2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.
  3. ‎Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.
  4. ‎Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat pa’nas dan boleh menc3derakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah meIecur pula nanti. Naya. Haha
  5. ‎Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Gambarnya saya sertakan sekali di bawah.

5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini.

Ini cara tepuk ‘cupping’. Bunyi tepuk akan kedengaran kuat ya amat macam kau mendera anak. Tapi rilek, itu memang sound effect dari tepuk begini.

Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.

  1. ‎Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4.
  2. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha D0ktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.
  3. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.
  4. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. P4ntang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.

Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.

Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Hehe

D0ktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Haha

Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus terbongkang tidur. Kahkah.

Yeah!

Selamat mencuba! Good luck mama abah…

Sumber : Siti Nurain Mohd Amin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.