“Ia Pemandangan Yang Menginsafkan Saya..”-Sebak Lihat Tukang Solat Beralaskan Zink, Majikan Non-Muslim Sediakan Tempat Solat Lebih Selesa

Majikan Non-Muslim Sediakan Tempat Solat Lebih Selesa

Satu perkongsian mengenai seorang majikan wanita “n0n muslim’ yang berushaha menyediakan tempat yang lebih selesa untuk tukang rumahnya yang beragama islam solat, tular di sosial media kerana keprihatinannya terhadap pekerjanya walau berlainan agama.

Menurut wanita ini yang dikenali sebagai Wendy Gwen, dia bertindak demikian kerana tidak tergamak melihat tukang rumahnya menjalankan ibadah dalam keadaan berpanas dan hanya beralaskan zink.

Baca perkongsian lanjut daripada wanita ini:

Jadi begini cerita dia.. Kami suami isteri bercadang untuk buat minor construction di belakang rumah. Buat kecil-kecil sahaja, untuk tambah..

Jadi, pada satu tengah hari tu, saya ke dapur untuk mencuci pinggan. Saya ternampak tukang ‘view’ ini. Tukang rumah kami solat hanya beralaskan zink. Berhadapan pagar. Bukan di tempat teduh..

Air mata saya terus menitik. Saya tidak tahu kenapa. Hati saya tenang Nampak tukang tersebut. Dalam masa yang sama, saya ma’rah pada diri sendiri. Kenapa saya tidak bertanya sama ada dia muslim atau tidak, kenapa saya tidak tanya adakah dia perlu tempat untuk solat atau tidak. Kenapa, kenapa dan kenapa?!

Ketika ini saya begitu sedih dan dalam masa yang sama sangat ma’rah pada diri saya.

Pada petang itu saya beritahu suami saya mengenai hal tersebut dan suami pun keluar untuk membeli khemah buat tukang kami.

Gambar ini ialah pada hari kedua mereka bekerja. Saya ada beri mereka tikar kecil sebagai alas untuk sembahyang kalau-kalau mereka terlupa bawa sejadah sendiri.

Jadi, apa yang saya ingi katakana di sini ialah,

Saya tahu Tuhan sedang tegur saya dengan cara yang halus. Sejauh mana iman saya? Walaupun berlainan agama, kadang-kadang teguran dari Tuhan itu datang dengan cara yang kita tidak jangka.

Mungkin tuhan mahu ‘cakap’,

“Tengo tukang kamu.. Serba kekurangan namun dia tetap menjalankan tanggungjawabnya. Kamu yang ada rumah selesa, ada kemudahan, bagaimana pula dengan ibadah kamu? Adakah seperti mereka?”

Masuk hari kedua, saya perhatikan tukang tersebut. Masuk sahaja waktu solat, mereka terus solat.

Kita ni?

Islam atau tidak, bila masuk waktu sembahyang, adakah kita terus laksanakan atau tidak? Atau kita bertangguh-tangguh?

Jangan pernah melihat manusia itu mengikut taraf sosial mereka.

Tidak kira apa kerja mereka, layanlah mereka selayaknya manusia yang memerlukan asas keperluan hidup.

Saya merasah sangat bersalah tidak bertanya lebih awal mengenai keperluan tukang saya. Ia merupakan satu pemandangan yang betul-betul menginsafkan saya dan ia juga memberikan saya tampar4n hidup.

**********

Demikian perkongsian daripada Puan Wendy. Melihat daripada bahasa yang digunakan, kejadian ini dipercayai berlaku di  Sabah yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang agama dan kaum.

Walaupun berlainan agama, keprihatinan Puan Wendy harus dipuji kerana sikapnya yang begitu prihatin walau tidak mengamalkan kepercaya4n yang sama.

Semoga kisah yang dikongsikan ini menjadi ikutan kepada kita semua agar berbuat kebaikan kepada semua tidak mengira apa agamanya, bangsanya mahupun warna kulitnya.

Dah baca, jangan lupa kongsi. Ayuh sama-sama sebarkan kebaikan..

<3 HARMAGIDUN <3

Sumber : Wendy Gwen, My Sabah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.