Menemui Jalan Buntu, 0perasi Pencarian Terpaksa Ditamatkan, Jude Angel Masih GagaI Dikesan

Operasi Terpaksa Ditamatkan, Jude Angel Masih GagaI Dikesan

BEAUFORT: Selepas tujuh hari, operasi pencarian adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, di sini, sejak Sabtu lalu, ditamatkan petang semalam.

Pegawai 0perasi Jabatan B0mba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, perkara berkenaan sudah dibincangkan antara pasukan operasi b0mba dan pihak p0lis.

Gambar : Info X

Bagaimanapun katanya, walaupun operasi dihentikan, namun pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan keluarga m4ngsa dan penduduk kampung.

“Walaupun dihentikan, namun pasukan b0mba akan diletakkan dalam keadaan siap sedia menjalankan 0perasi pada bila-bila masa.

“Sekiranya ada mana-mana pihak menemui sebarang kesan atau petunjuk baharu, maka 0perasi pencarian akan terus dilaksanakan semula,” katanya ketika ditemui, di lokasi pencarian, hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengerahkan anggota b0mba mengambil maklumat terkini daripada keluarga m4ngsa setiap hari.

Sementara itu, Mohammad Hasbullah berkata, operasi pencarian hari ini dijalankan dengan kekuatan 25 anggota b0mba dan pegawai JBPM, p0lis, Rela dan APM.

Selain itu katanya, 0perasi turut dibantu seramai 30 penduduk kampung yang menjalankan pencarian di kawasan sungai berhampiran.

“Bagaimanapun, 0perasi pencarian yang masuk hari ketujuh semalam meliputi kawasan seluas 2 kilometer ini masih menemui jalan buntu,”katanya.

Gambar : Info X

Dalam kejadian Sabtu lalu, adik Jude Angel yang dijaga neneknya dilap0rkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah keluarga terbabit seorang diri.

M4ngsa dipercayai s3sat di hutan ataupun terjatuh ke sungai berhampiran.

Sumber : Info X

Artikel terdahulu :

(VIDEO) Netizen Dakwa Terlihat Kelibat Anak Kecil Atas Pokok, Video Pencarian Adik Jude Angel Tular! Semoga Cepat Ditemui…

OPERASI MENCARI ADIK JUDE ANGEL MASUK HARI KE-6

Tular di media sosial satu video yang dikongsikan erryckmasda di tiktok mengenai usaha pencarian adik Jude Angel yang hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Saliwangan Baru.

Di video jelas kedengaran suara-suara ahli keluarga mereka memanggil adik Jude. Sehingga kita merasa amat sayu hati sekali mendengarnya.

Video : Di Mana Adik Jude Angel?

Namun apa yang menjadi tanda tanya adalah, beberapa komen netizen menyatakan mereka melihat anak kecil di atas pokok. Ada yang melihatnya dengan jelas dan ada juga yang tidak melihatnya langsung.

Baca selanjutnya….

Leave a Reply

Your email address will not be published.