Gadis Jadi Tulang Belakang Keluarga Sejak 18 Tahun

Menjadi seorang ketua keluarga bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi jika ianya dipikul oleh seorang gadis yang baru sahaja menginjak masuk ke alam kedewasaan.

Inilah kisah yang terjadi kepada seorang gadis yang terpaksa menjadi ketua keluarga tika usia muda bagi menyara kedua ibu bapa yang tidak sihat serta adik beradik yang masih bersekolah.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Neesha, dia meluahkan rasa lelah menanggung beban menyara keluarganya sejak berusia 18 tahun.

Ibu Hidap K4nser, Bapa Masuk ICU

Neesha yang kini berusia 21 tahun berkata, dia mula memikul tanggungjawab berkenaan selepas ibunya disahkan menghidap k4nser kelenjar air liur tahap 4 tiga tahun lepas selain peti suaranya telah dibuang dan tidak boleh bercakap seumur hidup.

Bak jatuh ditimpa tangga, bapanya pula terkena j4ngkitan Covid-19 kategori 5 sehingga perlu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan kini paru-paru dan hati bapanya telah r0sak.

Sa.kit ya Allah di usia aku 18 tahun mak sa.kit kan.ser stage 4, ayah kena c0vid kategori 5, paru dengan hati r0sak… ICU sebulan.

Segan Berniaga Bunga Di Tepi Jalan, Tapi..

Dalam pada itu, Neesha turut meluahkan rasa segannya untuk berniaga bunga di tepi jalan, selain cem,buru dengan teman-teman lain yang berpeluang untuk melaram. Walhal, dia perlu mengutamakan keperluan adik dan mengetepikan segalanya demi keluarga.

Malu niaga tepi jalan. Semua kawan pakai cantik-cantik, sambung study. Orang dapat gaji boleh beli apa, kita ingat adik-adik nak sekolah. Kadang balik basah lencun beli makanan dekat adik-adik.

Perkongsian tersebut kini telah mendapat lebih 85 ribu tontonan. Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersimpati dengan Neesha, dan mendoakan agar dia kekal tabah, selain berharap agar adik beradik yang dijaganya sedar akan pengorbanan yang dilakukan seorang kakak.

Segala penat lelah gadis ini pasti akan terbayar suatu hari nanti dengan kebahagiaan dan rezeki. Berbakti kepada kedua-dua orang tuanya adalah tiket besar untuknya meraih ganjaran dunia dan akhirat.

Semoga segala pengalamannya berniaga daripada awal menjadikan beliau usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber : Ohbulan via Tiktok Neesha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *