Bekas Penyanyi Nasyid Ini Adalah Jurutera Syarikat Minyak Dan Hafiz Al-Quran

Anugerah Allah SWT kepada para hamba-Nya itu pelbagai. Ada yang dikurniakan dengan harta melimpah, ada juga dengan kehidupan yang mencukupi ada juga dengan paras yang tampan dan cantik atau kerjaya yang menjamin.

Namun, anugerah dapat menghafal kalamullah serta mengamalkannya adalah antara anugerah yang paling berharga.

Seperti pakej yang sempurna serta seimbang, lelaki bernama Wan Najran Wan Mohd Noh, 39, bukan sahaja mempunyai kerjaya sebagai seorang jurutera syarikat pembinaan minyak dan gas luar pesisir antarabangsa namun beliau juga merupakan seorang hafiz 30 juzuk al-Quran.

Sumber : Facebook Wan Najran

Hafaz Al-Quran 1 Tahun 6 Bulan

Bekas ahli kumpulan nasyid Saujana itu berkongsi bahawa pengalamannya mengikuti kursus persijilan tahfiz di Darul Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2001 sesuatu istimewa kerana berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh 1 tahun 6 bulan sahaja selepas SPM.

“Alhamdulillah saya dapat menghafaz al-Quran secara fast track dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Pembuatan di UIAM dalam tempoh 4 tahun,” katanya.

Bapa kepada 2 orang anak itu pernah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang) mengakui pembelajaran tahfiz banyak memberi kelebihan kepadanya dalam mengimbangi keperluan agama dan akademik.

“Terlalu banyak kelebihan apabila menjadi hafiz al-Quran dan dalam masa sama kita belajar pengetahuan akademik.

“Salah satu pembelajaran yang saya dapat kutip ialah ilmu agama ini mendidik jiwa kita menjadi individu amanah, berakhlak dan berbudi pekerti mulia dan terpuji kerana kita belajar dan memahami al-Quran,” katanya.

Kumpulan Nasyid Saujana

Sumbang Ilmu Buat Masyarakat

Tidak hanya memanfaatkan ilmu agama buat dirinya sendiri, Wan Najran turut menyumbang ilmu kepada masyarakat sekeliling di samping tetap memberi tumpuan terhadap kerjayanya.

Beliau yang turut menjadi imam di Surau Ar Raudhah, Saujana Impian Kajang itu menjelaskan bahawa peranannya sebagai hafiz al-Quran turut membantunya untuk turut sama terlibat secara langsung dalam mendidik dan memberi pengetahuan kepada masyarakat.

“Dengan ilmu yang diberi ALLAH ini saya mendapat tauliah daripada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) untuk mengajar tajwid dan al-Quran di masjid dan surau,” ujarnya.

Beliau turut menekankan kepentingan keseimbangan ilmu akademik dan agama bagi melahirkan lebih ramai agamawan yang mempunyai pengetahuan tinggi.

Mas4lah Masyarakat Islam- G0longan Profesional Tiada Nilai Agama

“Mas4lah membe,lenggu masyarakat Islam pada masa ini ialah kita memisahkan agama dengan kehidupan iaitu kenapa g0longan pr0fesional ini tidak dididik dengan nilai agama?

“Maka timbul mas4lah gol0ngan profesi0nal diketuai oleh mereka yang tiada nilai keagamaan hingga berlaku permasalahan s0sial, pe,cah amanah dan salah gu,na ku,asa kerana kita sendiri membiarkan kel0mpok sebegitu,” jelas Wan Najran.

Sejarah turut membuktikan ramai t0koh ilmuan Islam yang berjaya mener0ka pelbagai disiplin ilmu dengan tetap mengimbangi keperluan dunia dan akhirat.

Oleh, ibu bapa tidak seharusnya berasa takut untuk menghantar anak mempelajari ilmu agama kerana beranggapan itu hanya membuatkan anak mereka menjadi ustaz semata-mata.

Ianya adalah pemikiran lapuk yang perlu dikikis. Sudah terlalu banyak pusat pengajian agama yang turut menyediakan pengajian akademik lain seperti sekolah biasa malahan berjaya menghasilkan ramai anak-anak yang bijak akademik, bijak agama.

Semoga kisah Wan Najran ini memberi inspirasi kepada anak bangsa agar menyeimbangkan antara keperluan dunia dan juga sentiasa menambah ilmu-ilmu agama yang sahih daripada 2 teras agama, al-Quran dan as-Sunnah.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.