Demi Amanah, Nenek Galas Tugas Jaga 4 Cucu Yatim Piatu

Berat mata memandang, berat lagi beban yang digalas oleh seorang warga emas berusia 73 tahun ini. Namun, selagi kudrat masih di jasad, selagi itu Ramlah Hasan akan menjaga 4 cucunya yang yatim piatu.

Nenek yang tinggal di Kampung Betong, Hulu Terengganu ini tak pernah mengeluh menggalas tugas berat menjadi ‘ibu bapa’ buat cucu-cucunya  iaitu Wan Rizqi Aidam Firdaus, 2, Wan Syaza Aliya, 8, Wan Syaza Qistina,12, dan Wan Asrul Afzan,15.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Mazalina Mohd. Baru me­ning­,gal dunia akibat s4kit jantung lebih 2 tahun lalu, sebelum diikuti bapa mereka, Wan Saifulnizam Wan Satar pada awal bulan ini disebabkan lelah.

“Sebelum ini mereka seke­luarga tinggal berasingan di kampung ini, namun selepas menantu mening,gal dunia, anak saya pulang tinggal bersama di rumah ini. Setelah kehilangan ibu, cucu-cucu saya kini hilang tempat bergantung apabila ayah mereka pula pergi buat selamanya.

Tak Akan Serah Sesiapa

“Walaupun saya sendiri se­ring s4kit disebabkan fakt0r usia tetapi tidak akan sesekali serahkan semua cucu-cucu saya kepada sesiapa atau pisahkan adik-beradik ini. 4 cucu ini adalah amanat, tanggungjawab saya jaga serta curahkan kasih sayang untuk mereka.

“Syukur, anak-anak saya yang lain juga banyak membantu menguruskan cucu-cucu saya ini. Saya juga sudah melengkapkan proses bagi mem0hon bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat,” katanya  lagi.

Sementara itu, anak sulung dalam 4 beradik itu, Wan Asrul Afzan bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan dan berjanji menjaga adik-adiknya dengan baik.

Memang berat amanah yang ditanggung nenek ini. Bukan seorang, tetapi 4 beradik. Semoga dipermudahkan urusannya menjaga memberi kasih sayang kepada cucu-cucu yatim piatu ini, dimurahkan rezeki mereka sekeluarga.

Bagi yang hendak menghulur bantuan dan simpati, boleh menghubungi Wan Asrul Afzan di talian 014-2843363 atau salurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150029000179129 atas nama Ramlah Hasan.

Sumber : Utusan

[Makluman Penting! Pihak Harmagidun tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengumpul dana bagi pihak keluarga ini. Maklumat nombor telefon dan nombor akaun yang disediakan diambil dari artikel Utusan.com (bertarikh 21 Julai 2022- rujuk gambar tangkap layar di bawah) supaya lebih ramai membantu anak-anak yatim tersebut. Harap maklum.]

Leave a Reply

Your email address will not be published.