“Apabila melihat cermin, saya melihat…”-Mike Tyson Percaya AjaInya Sudah Dekat

Mike Tyson Percaya AjaInya Sudah Dekat

WASHINGTON – Legenda tinju dunia, Mike Tyson percaya kem4tiannya akan berlaku tidak lama lagi selain mendedahkan mengenai masaIah kewangan bersama isterinya walaupun bergelar jutawan, Iapor portal berita MailOnline semalam.

Bercakap dalam audio siar (podcast) Hotboxin bersama Mike Tyson, bekas juara heavyweight berusia 56 tahun itu memberitahu ahli terapi tr4uma dan ket4gihan, Sean McFarland bahawa dia merasakan hidupnya hampir tamat.

“Kita semua akan meninggaI dunia satu hari nanti. Apabila melihat cermin, saya melihat bintik-bintik pada muka.

“Saya berkata: Wah, Ini bermakna tarikh tamat tempoh (kem4tian) saya semakin hampir, tidak lama lagi,” kata Tyson.

TYSON merasakan hidupnya hampir tamat. – AFP

Dalam perbualan mereka, Tyson menyatakan bahawa wang tidak bermakna untuknya kerana ia menawarkan jaminan yang paIsu.

“Saya selalu memberitahu orang lain bahawa apabila anda mempunyai banyak wang, anda tidak boleh mengharapkan sesiapa untuk menyayangi anda.

“Anda percaya anda tidak terkalah apabila mempunyai banyak wang? Itu tidak benar,” tambahnya.

“Ia tidak bermakna anda tidak akan mendapat peny4kit atau dil4nggar kereta. Bolehkan wang menyeIamatkan anda sekiranya anda ter’jun dari jambatan?,” soalnya.

Tyson menyertai pert4rungan profesional pertamanya pada 1985 dengan menew4skan Hector Mercedes ketika berumur hanya 18 tahun.

Tyson pernah menjalani huku’man penj4ra selama tiga tahun selepas didapati bersalah merogoI seorang remaja, Desiree Washington pada Julai 1991.

Tyson mengisytiharkan dirinya mufIis pada 2003 walaupun memperoleh lebih AS$30 juta (RM133.62 juta) untuk beberapa pert4rungan dan AS$300 juta (RM1.34 bilion) sepanjang kerjayanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published.