BlADAB! Wartawan Israel Siar Video Pengalaman MenyeIinap Masuk Ke Kota Suci Mekah

Wartawan Israel MenyeIinap Masuk Ke Kota Suci Mekah
RIYADH – Seorang wartawan IsraeI mencetuskan k0ntroversi selepas menyiarkan rakaman video dia menyeIinap ke kota paling suci umat Islam, Mekah sekali gus mencabuIi Iarangan masuk kepada orang bukan Islam.
Rakaman video oleh Gil Tamary yang bekerja untuk saluran televisyen lsrael, Channel 13 itu terus mengundang kem4rahan di media sosial Arab Saudi semalam, dua hari selepas Tamary memuat naiknya di Twitter dan sehari selepas dia menyiarkan klip video memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.
Arab Saudi tidak mengiktiraf lsrael dan tidak memeterai persetujuan tajaan Amerika Syarikat pada 2020, Perjanjian Ibrahim yang menyaksikan lsrael menjalin hubungan diplomatik dengan dua jiran Riyadh iaitu Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain.
Sebilangan wartawan lsrael yang merupakan pemegang pasport asing bagaimanapun dibenarkan melawat Arab Saudi sebelum dan semasa rangka lawatan Presiden J0e Biden ke Asia Barat minggu lalu.

Dalam klip video berdurasi sekitar 10 minit tersebut, Tamary melawat Padang Arafah semasa kemuncak musim haji pada tahun ini.
Wartawan itu menjelaskan bahawa dia faham apa yang dilakukannya adalah diIarang dan merujuk Mekah sebagai ‘tempat Iarangan untuk orang bukan Islam’.
“Saya ialah wartawan bukan Islam pertama yang berada di Mekah dan menyiarkan imej ini dalam bahasa Ibrani (Hebrew),” katanya.
Menjawab kemarahan umat Islam kelmarin, Tamary berkata, dia hanya mahu ‘menunjukkan kepentingan Mekah’ dan keindahan agama Islam sambil mend4kwa bahawa klip videonya membolehkan ramai orang melihat buat kali pertama tempat yang begitu penting kepada orang Islam.
Penjelasannya bagaimanapun gagaI mered4kan kem4rahan di media sosial.
Seorang pengguna media sosial semalam menggesa pihak berkuasa Arab Saudi supaya ‘tidak menjejaskan negara Islam berkenaan dengan membenarkan orang Y4hudi mencemarkan kota suci Utusan Tuhan.’
Pihak berkuasa Arab Saudi tidak memberi sebarang maklum balas berhubung insiden itu ketika diminta oleh agensi berita AFP. – AFP
Kredit : Kosmo!