Rupanya Bapa Saudara, Kasih Sayang Yang Telus

Semalam, tular rakaman video yang sangat menyentuh hati apabila seorang ‘bapa’ bergegas berlari hingga terlucut selipar ke arah pemuda yang berada dalam keadaan terhuyung-hayang hampir tum,bang ketika perbarisan.

Ramai beranggapan tindakan bapa tersebut menggambarkan betapa kasih seorang bapa walau dirinya sendiri telah dimamah usia.

‘Ayah’nya Rupanya Adalah Bapa Saudara

Rupa-rupanya ‘bapa’ tersebut adalah bapa saudara kepada anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Hal tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan penguat kuasa KPDNHEP yang tular itu adalah anak angkatnya yang kini bertugas di Tawau, Sabah, dikenali Nik Mohd Adhar.

Berikut kongsi beliau di Facebook;

Rupanya gambar yang viral hari ini merupakan anak angkat saya sendiri yang kini bertugas sebagai Penguatkuasa KPDNHEP di Tawau Sabah.

Nama beliau adalah Nik Mohd Adhar. Beliau merupakan anak yatim piatu sejak sekolah lagi. Itu sebab kami ambil beliau sebagai salah seorang anak angkat kami sejak beliau di Sekolah Geting Tumpat lagi.

Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali seraya beliau ja,tuh pi,tam seketika ketika berkawat pagi tadi ialah bapa saudaranya yang bernama Abdul Aziz Ya’acob yang memeliharanya sejak kem4,tian kedua ibubapa Nik Adhar.

Baru hubungi beliau bertanya khabar. Rupanya beliau de,mam ketika berkawat sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Pen,jara Kajang pagi tadi. Moga Allah beri kesembuhan yang sempurna kepadanya.

Kasih Sayang Yang Membenteng

Kejadian yang terjadi semasa Majlis Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Sempena Sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains KPDNHEP di Maktab Pnjara Malaysia, Kajang semalam tersebut turut menyentuh hati Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Di Facebook beliau berkongsi, “Yang hadir di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Pnjara Kajang, pagi tadi menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya.

“Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset.

“Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali re,bah.

“Melihatkan peng0rbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali,” katanya.

Meninjau ruangan komen di Facebook Dr Asyraf Wajdi, kelihatan Nik Mohd Adhar berterima kasih atas doa-doa dan menyatakan keadaan kesihatannya yang semakin baik.

Semoga ini menjadi inspirasi kepada kita agar berkasih sayang dengan telus dan ikhlas sesama ahli keluarga.

Sumber : Harian Metro / Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.