“Memang saya sahkan, itu anak saya..”- Misteri Kehilangan Muhammad Iman Aqmar Terjawab

Miste’ri Kehilangan Muhammad Iman Aqmar Terjawab
JOHOR BAHRU – Mist3ri kehilangan seorang pegawai keseIamatan dan kesihatan pekerjaan sejak 10 bulan lalu terjawab apabila m4yatnya ditemui di dalam kenderaan yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan, Pekan hari ini.
M4yat Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, (ketika kejadian), ditemui lengkap berpakaian kerja ‘offshore’ di tempat memandu kenderaan Nissan Grand Livina miliknya.
Muhammad Iman Aqmar dilap0rkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Menurut ibu m4ngsa, Azmawati Ab. Kadir, 54, penemuan kenderaan itu disedari oleh orang awam yang melalui laluan tersebut sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
“Saya terima panggilan berhubung kejadian ini pada pagi tadi, sekarang pasukan penyeIamat sedang menarik kereta dan m4yat anak saya masih di dalam kenderaan itu.
“Memang saya sahkan, itu anak saya dan nombor kereta sudah nampak dan itu memang kereta anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azmawati berkata, dia reda dan terima ketentuan Ilahi malah lega dapat menemui j4sad anak lelaki sulungnya yang sudah hampir 10 bulan menanti khabar berita.
Kosmo! pada 2 November tahun lalu melap0rkan seorang ibu dari Taman Air Biru di sini masih kebingungan dengan nasib yang menimpa anak lelakinya yang dilap0rkan hilang sejak 29 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.
Azmawati berkata, Muhammad Iman Aqmar sebelum itu sempat balik ke kampung di Pasir Gudang untuk menjenguk keluarga selain ingin menukar kenderaan.
Selepas keluar dari rumah menuju ke Terengganu, Muhammad Iman Aqmar gagal dihubungi sehinggalah m4yatnya ditemui kaku di dalam kenderaan yang terjunam di dalam sebuah sungai hari ini. -KOSMO! ONLINE