“Terer Ustaz Speaking!”- Santai Je UAI Borak Dengan Minah Saleh Tentang Agama

Santai Je UAI Borak Dengan Minah Saleh Tentang Agama

Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha semalam dan perayaan ini disambut bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah.

Ketika Aidiladha, mengedarkan daging di kalangan masyarakat dianggap sebagai bahagian penting dalam perayaan ini. Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan dua minah saleh bertanya tentang ibadah korban.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Ustaz Azhar Idrus secara tenang menjawab soalan daripada minah saleh tersebut berhubung ibadah korban dan menjelaskan kenapa ia dilakukan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa bangga kerana Ustaz Azhar Idrus berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga memuji Ustaz Azhar Idrus dan mengatakan mungkin lepas ini boleh memberikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris pula.

Komen warganet :

” Sambil menyelam minum air nampaknya UAI..hehe.. Terbaik explaination..”

“Padu english UAI ni..nak fahamkan orang luar bukan mudah..”

” Ayat last ustaz tu tak tahan..haha..”

Video yang dimuatnaik :

UAI SPEAKING DENGAN MINAH SALEH

Nota :

Azhar Idrus atau lebih dikenali Ustaz Azhar Idrus (UAI) merupakan seorang penceramah/pendakwah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan slanga Terengganu.

Sumber : Vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published.