‘Blackout’ Terbesar Dalam Sejarah, Seluruh Semenanjung ‘Bergelap’ 12 Jam!

Gambar hiasan

Seluruh Semenanjung ‘Bergelap’ 12 Jam!

Hari ini negara digemparkan dengan isu gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan termasuklah di Lembah Klang.

Walaupun mungkin berlaku dalam tempoh yang tidak lama namun sedikit sebanyak ia telah menjejaskan beberapa perkhidmatan seperti di lapangan terbang, pusat beli-belah dan perkhidmatan LRT.

Bagaimanapun, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) beberapa jam kemudian memaklumkan bahawa bekalan elektrik di semua kawasan telah berjaya dipulihkan sepenuhnya.

Difahamkan, g4ngguan itu berpunca daripada ker0sakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Negara pernah black0ut pada 1996

G4ngguan bekalan elektrik yang dihadapi hari ini mengingatkan kembali kepada situasi hampir sama yang pernah berlaku di Malaysia pada tanggal 3 Ogos 1996.

Bagi yang belum tahu, seluruh Semenanjung Malaysia pernah bergelap selama 12 jam akibat g4ngguan bekalan elektrik. Ia berlaku disebabkan oleh ker0sakan di sebuah stesen janakuasa utama di Paka, Terengganu.

Kejadian itu berlaku pada jam 5.17 petang dan menyebabkan semua stesen jana kuasa di seluruh semenanjung gagaI membekalkan kuasa elektrik, Iapor Sinar Harian.

Impak daripada kejadian tersebut mencetuskan beberapa kemaIangan dan membantutkan aktiviti harian orang ramai.

Lalu lintas sesak

Memetik laporan UPI, g4ngguan bekalan elektrik itu juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang t3ruk di Kuala Lumpur serta bandar-bandar utama di negeri lain. Tidak cuma itu, penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga tergendala sehingga menyebabkan ribuan orang terkandas.

Gambar hiasan

Malah, peminat bola sepak juga k3cewa apabila perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kedah dan Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada hari itu juga terpaksa dibatalkan.

Menurut lap0ran, kerugian yang ditanggung oleh pengilang ketika kejadian dianggarkan sebanyak RM123 juta mengikut perkiraan yang dilakukan Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Pihak TNB pula dilap0rkan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM13.6 juta dan RM10 juta. Bahkan, saham utamanya juga telah jatuh mendadak pada ketika itu.

Selain daripada kejadian pada tahun 1996, Malaysia juga turut pernah mengalami kes g4ngguan bekalan elektrik pada tahun 1992 dan 2003.

Sumber : Sinar Harian via Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published.