Sc4m Pelaburan Emas Patuh Syariah Terbesar Di Malaysia Terbongkar!

Dalam zaman di mana segala-galanya memerlukan wang serta keadaan ekonomi yang tidak menentu, pelbagai cara dilakukan dalam usaha untuk mencari rezeki. Keghairahan mengejar harta menyebabkan masyarakat yang tidak berhati-hati menjadi mang.sa peni.puan atau sc𝘢m.

Antara yang menjadi bualan hangat wargamaya kini adalah tentang sc𝘢m pelaburan emas. Bukan tidak pernah terjadi sebelum ini namun masih ada yang tertipu. Sebagai contoh, kisah pelaburan emas patuh syariah terbesar di Malaysia yang pernah terbongkar sebelum ini.

Kisah ini dikongsikan oleh Dr.  Abdul Rahman A Shukor di akaun Facebook Abdel Rahmanov.

Sc𝙖m Pelaburan Emas Terbesar

[1] Sc𝚊m pelaburan emas terbesar di Malaysia ialah Genneva Gold yang melibatkan 35 ribu orang pelabur. Mengapa orang ramai terjebak dengan scam emas ini?

[2] Genneva G0ld ini adalah brand bagi sebuah syarikat perniagaan menjual emas yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Syarikat ini mendakwa mendapat pengiktirafan “patuh syariah”. Mereka sebut dalam profil syarikat, “The one and only gold company that is shariah compliant”.

Ayat ini sebijik macam tagline kedai mamak Syed Bistr0. “The one and only Bhukhara Briyani”. Amma!

[3] Genneva G0ld mempunyai 11 buah pejabat di Malaysia termasuk wakil perniagaan di China, Ind0nesia, Filipina dan Singapura. Keadaan Ini menggambarkan Genneva G0ld sebuah perniagaan yang kukuh.

[4] Genneva G0ld mempunyai seorang pengarah daripada orang Melayu Muslim, Ahmad Khairuddin Ilias dan seorang daripada kerabat Diraja Pahang.

Genneva G0ld menawarkan pelaburan emas menarik iaitu menjual emas kepada pelanggan pada harga premium 29%-30% daripada harga pasaran tetapi pelanggan mendapat ‘hibah’ (hadiah) 1.5% pada setiap bulan.

Selepas k0ntrak 6 bulan, pelanggan b0leh menyimpan emas atau menjualnya semula kepada Genneva G0ld pada harga belian asal atau menjual kepada pihak ke-3.

[5] Sekali pandang pelaburan emas Genneva Gold amat berbal0i! Hibah sebanyak 18% setahun. Emas fizikal dapat, hibah pun dapat, patuh syariah pula. Warren Buffet mesti terkejut!

[6] Genneva Malaysia dilancarkan secara rasmi pada tahun 2010 oleh Tun Mahathir. Mungkin Tun Mahathir dipergunakan dalam hal ini. Beliau antara t0koh besar yang mendukung penggunaan emas.

Beliau menyebut dalam ucapannya:

“Wang (mata wang) hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenarnya, namun emas dapat mewakili nilai sebenarnya kerana itu adalah l0gam berharga di seluruh dunia.”

Sumber : Cilisos

[7] Masa berlalu dan dilaporkan seramai 8,000 pelanggan yang telah membeli 4,000 kg emas masih belum menerima emas mereka. Genneva Malaysia berhutang sebanyak RM80 juta.

Mengikut kertas sia.satan, Genneva Gold ber0perasi dengan menanggung liabiliti (tanggungan) 10 kali ganda lebih besar berbanding aset yang dimilikinya.

Bank negara Malaysia menyebut:

“Initial f0rensic acc0unting has uncovered c0nsiderable l0sses being experienced by the c0mpany in 2012 and the c0mpany has liabilities exceeding 10 times its assets.”

[8] Pada 1 Oktober 2012, Genneva Gold diser.bu oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapura atas kesa.lahan pengambilan dep0sit secara ha.ram, pengubahan wang ha.ram dan sebagainya.

[9] Sebelum peristiwa itu, penasihat-penasihat Syariah telah menarik diri daripada Genneva G0ld. Syarikat ini menggunakan label “patuh Syariah” bagi mengkaburi 0perasi scam mereka.

[10] Jika ada penasihat Syariah tiba-tiba menarik diri maka berhati-hatilah. P0kok tidak akan berg0yang jika tidak ditiup angin.

[11] Semasa serbuan, Bank Negara Malaysia menyita aset Genneva G0ld iaitu RM99.8 juta wang tunai dan 126kg emas untuk sias.atan lanjut.

[12] Perbicaraan Genneva Malaysia amat panjang. Pada bulan Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati Genneva Malaysia bersalah dan didenda RM450 juta, 8 orang individu dijatuhkan huku.man pen.jara 4 hingga 9 tahun dan denda RM1 juta dan RM4 juta setiap seorang.

KUALA LUMPUR 01 October 2012. Pembeli dan pedagang emas berkumpul dihadapan premis Genneva Malaysia Sdn Bhd ketika Bank Negara Malaysia membuat pemeriksaan bersama KPDNKK di Genneva Malaysia Sdn Bhd, Jalan Kuchai Maju 6, Kuchai Lama. NSTP/Mokhsin Abidin

[13] Namun pelabur-pelabur Genneva G0ld tidak mendapat semula wang mereka dan mereka perlu melalui pr0ses undang-undang yang panjang. Sebab itu, mang.sa sc𝚊m keberatan untuk melap0rkan skim pelaburan yang diragui supaya aset syarikat tidak dibekukan.

[14] Kesimpulannya, syarikat perniagaan yang sah menjual emas, mendakwa patuh syariah dan mempunyai nama besar tidak semestinya bukan sc𝚊m. Duit tak dapat, emas tak dapat, habuk pun tak dapat. Amma appa!!

[15] Jika sesuatu pelaburan ada bau-bau scɐm maka cepat-cepat tarik diri sebelum nasi menjadi basi. Sejarah tidak meni.pu. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa. Salam hormat.

Dr. Abdel Rahmanov
20 Julai 2022

Demikian perkongsian beliau.

Semoga pendedahan ini memberikan pencerahan kepada masyarakat agar sentiasa berhati-hati sebelum melabur di mana-mana skim pelaburan.

Sumber : Facebook Abdel Rahmanov

Leave a Reply

Your email address will not be published.