‘Suami Kiriman Syurga’, Jaga Isteri Lum,puh Selama 6 Tahun

‘Suami kiriman dari syurga’. Ini gelaran yang layak diberi kepada seorang warga emas apabila sentiasa tabah menjaga isterinya yang lum.puh walaupun sudah lanjut usia sejak sejak 6 tahun lalu.

Mohd Nor Osman, 88, dari Kampung Ladang Sahat Kuala Terengganu, setia menjaga isterinya Che Esah Mohd, 68, dengan menyediakan makan minum dan menguruskan rutin hariannya saban hari.

Warga emas itu berkata, dia mengambil alih tugas menguruskan rumah dan menyediakan hidangan setiap hari selepas isterinya sudah tidak mampu berjalan.

“Alhamdulillah. Walau- pun sudah menjangkau usia emas namun saya masih mampu menjaga isteri dengan baik kerana kami hanya tinggal berdua di rumah ini.

Tiada Zuriat Bersama Che Esah

“Perkahwinannya Bersama Che Esah tidak dikurniakan zuriat. Namun, hasil perkahwinan dengan arwah isteri pertamanya, Hasmah Busu dikurniakan 11 cahaya mata dengan 60 cucu dan 22 cicit.

Mohd Nor bercerita pada mulanya isterinya sering jatuh dan pemeriksaan dilakukan mendapati tu.lang belakang isterinya mengalami masa.lah.

Menurutnya, d0ktor kemudian membuat pembe.dahan dengan memasukkan besi pada tu.lang belakang isterinya, Che Esah kembali normal dan boleh berjalan.

Katanya, tidak lama kemudian isterinya tiba-tiba re.bah dan mengalami pa.tah tulang pada bahagian paha hingga mengakibatkannya lum.puh separuh badan ke bawah hingga kini.

“Walaupun diuji ujian sehebat ini namun saya tetap bersyukur kepada Allah kerana masih mampu menjaga isteri dengan baik dan selagi bernafas saya akan tetap menjaganya kerana ia adalah amanah buat saya.

“Sebelah pagi saya akan ke kedai membeli sarapan manakala tengah hari kalau tak membeli makanan, saya akan memasak sendiri begitu juga pada malam.

“Begitulah rutin harian saya namun saya juga menghidap peny4kit d4rah tinggi, le.mah jantung dan pr0stat,” katanya yang masih aktif sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Kuala Terengganu.

‘Suami Dari Syurga’

Sementara itu, Che Esah berkata, dia menganggap suaminya adalah ‘suami kiriman dari syurga’ kerana masih bersemangat menjaganya setiap hari walaupun sudah berusia.

“Saya lihat kasih sayang suami kepada saya amat utuh, sanggup berk0rban dan bersu.sah-payah menyediakan makan minum dan menguruskan saya yang hanya berada di katil.

“Dia (suami) bawa saya ke tandas untuk mandi, lap badan saya, menyediakan makan minum tanpa jemu sejak 6 tahun lalu selepas saya lum,puh separuh badan,” katanya.

Tolak Ansur, Saling Hormat Petua Kekal Bahagia

Che Esah mengakui bahawa suaminya insan terbaik selain ibu bapanya kerana tidak pernah menge,luh menjaganya walaupun mengalami kesu,karan berikutan fakt0r usia.

“Tiada rahsia dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga walaupun dalam serba kepa,yahan, namun sikap tolak ansur dan saling mengh0rmati membuatkan perkahwinan itu kekal bahagia,” katanya.

Semoga kebahagiaan mereka kekal hingga ke syurga, menjadi inspirasi pasangan suami isteri dalam melayari rumahtangga yang diuji dengan kepayahan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *