“Ia Suatu Keajaiban”- Rawan Dweek, Wanita ‘Down Syndrome’ Arab Pertama Menghafaz 30 Juz Al-Quran!

Berjaya khatam hafaz 30 juz walaupun kekurangan sifat

JORDAN : Untuk manusia normaI sahaja, menghafal Quran bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, seorang pes4kit D0wn Syndr0me, Rawan Dweek, 26, mampu menghafal 30 Juz al-Quran.

Rawan Dweek dapat mengatasi kekurangan genetik dengan berjaya menghafal 604 muka surat, 114 surah, 6,348 ayat, dan lebih 77,437 perkataan kitab suci al-Quran.

“Saya ingin menyebarkan motivasi dan semangat kepada orang ramai agar mereka terus mempelajari ilmu al-Quran seperti saya,” kata Rawan Dweek kepada Jordan News.

Ibu kepada insan istimewa itu, Awatef Jaber, memberi nasihat supaya kisah inspirasi anaknya menjadi contoh dan dorongan kepada semua orang, lebih lagi yang mempunyai kekurangan seperti Rawan Dweek.

“Syukur atas segala usaha anak perempuan telah membuahkan hasil,” luah ibu Rawan Dweek.

Selain itu, Awatef Jaber berjaya melunaskan impian yang tersurat sejak anaknya dilahirkan iaitu berjanji untuk berusaha mengajar anak perempuannya itu mampu membaca al-Quran.

“Maka itu adalah kehendak Tuhan. Allah memberkati dan memberi keistimewaan kepada kami dengan apa yang saya dambakan,” ujarnya.

Jelas ibu Rawan lagi, walaupun penghidap ‘D0wn Syndr0me’ mempunyai cenderung untuk mengalami masaIah bercakap serta pembelajaran, tetapi Rawan dikurniakan dengan artikulasi yang jelas.

“Rawan sentiasa menjadi kanak-kanak yang luar biasa, cerdik dan bijak ketika di zaman persekolahan dan memperoleh prestasi yang cemerlang.

Dalam satu temu bual bersama Jordan News, pengasas D0wn syndr0me: 0ur Lives Have Meaning Foundation, Entesar Adel Al-Kateeb berkata insan seperti Rawan Dweek adalah satu keajaiban.

“Dia adalah pes4kit Sindr0m Down pertama yang mampu menghafaz seluruh Al-Quran, bukan sahaja di Jordan tetapi di seluruh dunia Arab. Dia berhak mendapat perhatian dan penghormatan. Kami semua berbangga dengannya,” kata Kateeb, yang turut mendokumentasikan perjalanan Rawan.

MasyaAllah.. SubhanAllah.. Allahuakhbar! Hebat kuasa Allah.

Semoga kita menjadikan insan hebat ini sebagai pendorong juga inspirasi untuk lebih mendalami kitab suci Al-Quran.

Sumber : Ummah Hari Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.