Kanak-Kanak Ke Sekolah Melintas Sungai Melalui Saluran Paip Licin

Ketika kanak-kanak lain pergi ke sekolah dengan selesa menaiki kenderaan, kanak-kanak di Kampung Mansiang Baru, Keningau, Sabah ini terpaksa berpaut melalui saluran paip yang licin apabila musim hujan dengan aliran sungai yang deras di bawahnya untuk ke sekolah.

Kejadian yang berlaku pada 26 Julai 2022 itu dikongsikan di media sosial oleh pengguna Facebook Siti Hafizah Leezah. Menerusi rakaman video berdurasi 92 saat yang dikongsikan, kelihatan sekumpulan murid mempertaruhkan nyawa melintasi sebuah sungai dengan melalui saluran paip besi berwarna biru.

Sudah Memohon Jambatan Gantung Namun..

Berikut tulisnya;

Setiap kali musim hujan…terpaksa ambik risik0 lalu di paip tu,,,biarpun licin.

SUDAH POHON JAMBATAN GANTUNG…

YB FL0VIA SUDAH LAWAT LOKASI DAN KG MANSIANG BARU..

DENGAN YAKIN NYA BULAN 4 NI TAHUN JAMBATAN AKAN DI BUAT..

KAMI SEBAGAI PENDUDUK,LEGA DAN GEMBIRANYA DENGAR JANJI SI YB.

TP TUNGGU PUNYA TUNGGU,,SKRG BULAN 7 SUDAH…

BLM NAMPAK TANDA² PEMBINAAN….

SAMPAI BILA KAMI MAU TUNGGU…

TUNGGU ADA NYAWA MELAYANG DULU KALI BARU KENA BUAT KAN…

Gayat dan menye,ramkan. Itu yang boleh digambarkan melihat betapa b4haya dan tidak selamatnya untuk kanak-kanak sekolah melalui tempat tersebut.

Peruntukan Sudah Tersedia

Setelah video tersebut tular, wakil rakyat Tulid iaitu Flovia Ng. (Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah) menerusi Borneo Digest menyatakan bahawa peruntukan untuk membina sebuah jambatan yang merentangi sungai Mansiang sudahpun tersedia.

“Ia dalam proses d0kumentasi cabutan tender kepada k0ntraktor,” katanya.

Untuk rek0d, Low River Crossing dibina merentasi sungai Mansiang sebagai laluan penduduk untuk menyeberangi sungai yang airnya cetek ketika n0rmal tetapi tidak dapat dilalui semasa banjir.

Jelasnya, masalah tersebut sudah berlaku semenjak sebelum beliau dipilih sebagai Wakil Rakyat. Setelah dilantik menjadi ADUN Tulid, kemelut itu menjadi antara keutamaan tugasan beliau.

Flovia

“Awal Januari lalu saya telah melawat ke l0kasi ini dan memberitahu penduduk untuk menggunakan peruntukan khas ADUN Tahun 2022 bagi membiayai pr0jek bina baharu sebatang jambatan gan,tung,”.

“Saya tidak pernah janji untuk membinanya pada bulan April, tetapi memberitahu mereka (penduduk) pada tahun ini (2022),”

“Saya telah lakukan pelbagai kaedah untuk mendapatkan peruntukan, dan pada 23 Jun 2022 lalu peruntukan telah diperolehi daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar,”.

“D0kumentasi tender diperingkat akhir pada ketika ini .. saya mohon penduduk supaya bersabar untuk seketika,” katanya.

Flovia turut memaklumkan beliau berusaha bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik buat rakyat namun kekangannya adalah setiap perancangan mengambil masa untuk selesai.

 

 

Lihat Video Penuh Di : (Facebook) KANAK-KANAK LINTAS SUNGAI KE SEKOLAH

Diharapkan pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman Sabah kali ini benar-benar menjadi keutamaan pemimpin dan semoga kanak-kanak di kawasan tersebut dapat menikmati perjalanan yang selesa dan selamat ke sekolah demi menuntut ilmu.

Sumber : Facebook Siti Hafizah Leezah/ Borneo Digest

Leave a Reply

Your email address will not be published.