Kembalinya Sebutir Permata Islam ke Rahmatullah : Al-Habib Abu Bakar al-Adni Al-Masyhur

Kembalinya Sebutir Permata Islam ke Rahmatullah…

Al-Habib Abu Bakar al-Adni Al-Masyhur kembali ke rahmatullah di ibu negara Jordan, Amman

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Semalam, dunia kehilangan seorang lagi ulama tersohor, Al-Habib Abu Bakar al-Adni Al-Masyhur yang telah kembali ke rahmatullah di sebuah hospital di ibu negara Jordan, Amman.

Allahyarham Al-Habib Abu Bakar al-adni Al-Masyhur berasal dari Hadramaut, Yaman, dilahirkan pada pada tahun 1366 Hijrah dalam sebuah keluarga yang sangat mencintai ilmu dan dakwah. Beliau tergolong daripada kalangan keluarga Ba’alawi al-Hadhramah, di mana nasabnya bersambung kepada Saidina Hussein bin Ali bin Abi Talib dan Sayyidah Fatimah al-Zahra, puteri Rasulullah SAW.

Pada usia 14 tahun, beliau sudah dilatih oleh ayahandanya iaitu seorang ulama terkenal yang bernama Sayyid Ali bin Abi Bakar bin Alawi al-Masyhur untuk menyampaikan dakwah, menyusun isi kandungan khutbah Jumaat dan kemudian berlatih berkhutbah di hadapan ayahnya sebelum menyampaikannya di atas mimbar.

Allahyarham berjaya membentuk kesatuan pemikiran dan jiwa masyarakat Yaman, bahkan telah membuka sebuah pusat pengajia pondok yang jumlahnya lebih 80 cawangan di seluruh Yaman yang mengetengahkan sistem pendidikan moden dan sistem pendidikan tradisional serta berjaya melahirkan ramai ilmuan.

Beliau turut berjaya menghasilkan lebih 150 karya yang merangkumi bidang seperti Fiqh, sejarah, dakwah, sastera dan banyak lagi. Bahkan antara karyanya yang sangat terkenal mengupas tentang Fiqh at-Tahawwulat iaitu sebuah ilmu untuk mengenal dan mendepani dunia akhir zaman.

Beliau merupakan lulusan dari Universiti Aden, Kuliyyah Tarbiyah, Jabatan Bahasa Arab dan memperoleh  ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari universiti yang sama.

Pada 1400 Hijrah, atas semangat dan kecerdasannya dalam menuntut ilmu telah mendorong dirinya untuk bermusafir ke Tanah Hijaz bagi menerima ilmu daripada sekumpulan ulama yang diketuai oleh tokoh pendidik dan ulama terkemuka, Habib Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf.

Setelah kembali ke tanah air pada tahun 1412 Hijrah, beliau mula berkhidmat di dalam bidang dakwah Islamiah di bawah jurusan pendidikan, pengajaran dan kurikulum serta bertanggungjawab dalam menyebarkan Islam secara pendekatan “Kesederhanaan Syariah dan Pertengahan Kesedaran.”

Jen4zah Allahyarham akan diterbangkan dari Jordan ke Seiyun, kemudian akan dibawa ke Tarim dan dimakamkam di Pemakaman Zanbal.

Al-Habib Abu Bakar al-Adni Al-Masyhur

  1. Nasab:

Seorang tokoh ulama, pendakwah, pendidik dan pemikir terkenal dari Yaman. Beliau tergolong daripada kalangan keluarga Ba’alawi al-Hadharimah, di mana nasabnya bersambung kepada saidina Hussein bin Ali bin Abi Talib dan sayyidah Fatimah al-Zahra, puteri Rasulullah SAW.

  1. Kelahiran dan pendidikan:

Beliau dilahirkan di kota Ahwar di negeri Abyan, Yaman pada tahun 1366 Hijrah dalam sebuah keluarga yang mementingkan kebajikan dan ilmu pengetahuan. Beliau dibesarkan dengan didikan dan asuhan bapanya, iaitu seorang ulama terkenal yang bernama Sayyid Ali bin Abi Bakar bin Alawi al-Masyhur.

Menghafal al-Quran dan mendalami ilmu syariah serta linguistik dari halaqah bapanya di “Sekolah al-Maimunah” di bandar Ahwar. Selain itu, beliau juga menerima ilmu syariah daripada sekumpulan ulama Ahwar, Aden dan Hadramawt.

Dapat dirumuskan bahawa metode pendidikannya adalah menggabungkan antara konsep ‘talaqqi’ daripada para guru (syeikh) melalui pendidikan ibu bapa dan bersanad serta pendidikan akademik kontemporari, di mana beliau merupakan lulusan dari Universiti Aden, Kuliyyah Tarbiyah, Jabatan Bahasa Arab. Beliau juga memperoleh PhD dari Universiti yang sama.

Di sebabkan semangat dan kecerdasannya dalam menuntut ilmu, beliau memutuskan untuk bermusafir ke Tanah Hijaz pada tahun 1400 Hijrah. Di sana beliau terus menerima ilmu daripada sekumpulan ulama yang diketuai oleh tokoh pendidik dan ulama terkemuka, Habib Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf.

Sepanjang keberadaanya di sana, beliau bekerja sebagai imam dan khatib di beberapa buah masjid di Jeddah.

  1. Sumbangan dan pencapaian:

Pada tahun 1412 Hijrah, beliau kembali ke tanah air dan mula berkhidmat di dalam bidang dakwah Islamiah di bawah jurusan pendidikan, pengajaran dan kurikulum serta bertanggungjawab dalam menyebarkan Islam secara pendekatan “Kesederhanaan Syariah dan Pertengahan Kesedaran.”

Beliau telah menubuhkan puluhan institut pendidikan seperti “Arbitah al-Tarbiyah al-Salamiyyah”, pusat pendidikan dan vokasional serta pusat kajian dan penyelidikan di seluruh Yaman.

Selain itu, beliau juga banyak menganjurkan simposium dan seminar ilmiah, aktiviti forum kebudayaan serta kursus pendidikan.

  1. Penulisan:

Beliau menghasilkan beberapa buah buku dan nazam (gubahan puisi) dalam pelbagai bidang ilmu dan seni seperti pemikiran, pendidikan, fiqh dakwah, sejarah, terjemahan dan biografi, fiqh dan syair. Antara karya terpenting beliau dalam sumbangan dakwah Islam dan pendidikan keibubapaan syariah ialah:

  1. الأسس والمنطلقات في تحليل غوامض سنة المواقف وفقه التحولات.
  2. التليد و الطارف شرح منظومة فقه التحولات و سنة المواقف.
  3. إحياء لغة الإسلام العالمية.
  4. إحياء منهجية النمط الأوسط من بقية السيف وسادة الصلح.
  5. دوائر الإعادة ومراتب الإفادة.
  6. النبذة الصغرى في معرفة علامات الساعة الكبرى والوسطى والصغرى.
  7. سلسلة أعلام مدرسة حضرموت.

Selain itu beliau juga menghasilkan beberapa buah tesis ilmiah seperti:

  • « العلم بعلامات الساعة » كركن رابع إلى أركان الدين الثلاثة ( الإسلام و الإيمان و الإحسان ).
  • فقهه الخاص المسمى بـ« فقه التحولات »
  • « سنة المواقف » و « سنة الدلالة » كإضافة محمودة في علم فقه الدعوة.

Dan lain-lain.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh al-Marhum dan menempatkan beliau di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

إنا لله وإنا إليه راجعون.

AL-FATIHAH…

Sumber : UmmahToday

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.