“Saya Memiliki Segalanya Kecuali Ketenangan”, Berhijab Selepas Bermimpi..

Kembali kepada fitrah. Bekas selebriti Bollywood, Sana Khan mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan pada 2020 dan bertekad untuk berhijrah selepas mengalami kemu,rungan (de.pression) dan kere,sahan (an.xiety).

“Dulu, saya memiliki segalanya, nama, populariti, wang. Saya boleh lakukan apa sahaja dan dapatkan semua yang saya mahukan tapi satu perkara yang saya tiada, ketenangan. Saya bertanya pada diri sendiri, saya ada kesemuanya tapi kenapa saya tidak bahagia? Sukar, dan saya lalui kemu,rungan” Kata Sana Khan.

Sumber : Instagram Sana

Mimpi Menakutkan

Dalam perjalanannya mencari ketenangan hidup, Sana berkongsi pada tahun 2019 semasa bulan Ramadhan beliau pernah bermimpi yang membuatkannya menangis.

“Saya nampak ku,bur yang memba,kar, dan saya berada di dalamnya. Kemudian saya sedar itu adalah petanda jika saya tidak berubah, itulah pengakhiran saya. Mimpi itu membuatkan saya risau,” ujarnya lagi.

Selain itu, antara perkara yang membuatkannya tekad berhijrah adalah beliau sering menonton ucapan-ucapan motivasi Islamik.

“Pada satu malam saya teringat saya telah membaca sesuatu yang sangat indah. Ia mengatakan apabila seorang lelaki mening.gal jen4zahnya akan dipakaikan 3 lapisan kain, namun apabila seorang wanita meningg4l dunia, dia akan dipakaikan dengan 5 lapisan kain. Pengajaran yang saya dapat daripada ini adalah, Allah tidak menyukai walaupun pada jasad wanita yang sudah sudah mening.gal, kelihatan akan bentuk tubuhnya. Dan walaupun sudah mening,gal wanita itu akan dipakaikan tudung di kepalanya. Anda tidak mahu hari akhir anda menjadi hari pertama anda memakai hijab. Itulah yang benar-benar menyentuh jiwa saya.” Katanya sambil menangis.

Memilih Berhijab

“Keesokan harinya, iaitu hari lahir saya, saya bangun dan terus menyarungkan tudung yang saya pernah beli lalu bertekad InshaAllah saya tidak menanggalkannya lagi,”

Akhirnya, semasa kemuncak kegemilangan dan kemewahan dalam dunia hiburan, Sana memilih untuk meninggalkan semuanya.

Sumber : Instagram Sana

Kini, beliau semakin bahagia dengan kehidupannya selepas berhijrah dan berkahwin dengan Mufti Anas. Dia turut berkongsi kegembiraannya yang baru sahaja menunaikan haji pada tahun ini setelah sekian lama menginginkannya. Ditambah pula dengan kehadiran suami bersama-sama menunaikan ibadah itu.

Semoga kisah Sana Khan menjadi inspirasi buat kita yang hendak berhijrah kepada kebaikan.

Lihat Video :

 

 

Sumber : Instagram Sana Khan / India Today

Leave a Reply

Your email address will not be published.