[Video] Wanita Ini Menangis Apabila Nama Rasulullah SAW Disebut

Nabi Muhammad SAW merupakan pesuruh Allah SWT yang agung. Sesiapa sahaja yang menelusuri sirah perju4ngan dan perjalanan hidupnya pasti akan mendapat mutiara-mutiara ilmu dan panduan berharga serta keteduhan jiwa akan adab akhlak serta keperibadiannya yang sangat tinggi dan mulia.

Tidak kira orang Islam atau bukan Muslim, jika ikhlas hendak mempelajari atau menghayatinya, tidak dapat tidak, akan merasai detik-detik sayu, rindu dan berasa berada dekat dengan peribadi agung Rasulullah SAW.

Seperti seorang wanita beragama Katolik ini, sebaik mendengar nama Nabi Muhammad SAW, dia tidak dapat menahan air matanya.

Insiden yang menyentuh hati ini berlaku di London di kios dakwah yang dilakukan oleh pemuda-pemuda dari persatuan One True Message Foundation.

Ditanya mengenai Jesus atau Nabi Isa a.s beliau mengakui bahawa baginda adalah rasul, bukannya seperti apa yang diajarkan dalam agama Katolik yang diajarkan kepadanya sejak kecil.

Sebaik mendengar nama Nabi Muhammad SAW, beliau mula berasa terharu dan mula menitiskan air mata.

Beberapa detik kemudian, wanita itu akhirnya bersyahadah mengakui keesaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Allahuakbar!

Lihat video : 

Menurut wanita ini, anak perempuannya terlebih dahulu sudah memeluk Islam.

Semoga wanita ini beroleh syurga abadi. Aamiin.

Allaahumma solli ‘alaa muhammad wa ‘alaa aalii muhammad.

Allahumma solli wa sallim ‘alaa nabiyyinaa muhammad.

Sumber : Ilmfeed

Leave a Reply

Your email address will not be published.