Berat Turun Mendadak, Remaja Terlantar Longlai Terpaksa Tangguh SPM

Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi dalam hidup kita pada esok hari. Tiada sesiapa juga mahukan diri ditimpa masalah walau sebutir beras, apatah lagi ditimpa peny4kit seperti k4nser. Namun, hidup di dunia tidak menjanjikan kesempurnaan. Mahu tidak mahu, harus dihadapi, dijalani hingga nafas terakhir.

Di kala pelajar lain bersemangat dan bersungguh-sungguh belajar untuk menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini, remaja bernama Amir Asyraf Zarimie, 17, pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah (SM) Permatang Bonglai, Megat Dewa, Jitra, Kedah ini terlantar longlai di atas katil khas menanggung sejuta rasa.

Bukan hanya terpaksa menangguhkan peperiksaan SPM pada tahun ini, Amir Asyraf atau nama panggilannya Ceaq terpaksa memberi tumpuan kepada ra.watan kem0terapi akibat menghidap k4nser.

Hidap Ewing Sarc0ma

“Saya sedih kerana tak dapat bermain bola di sekolah macam dulu disebabkan tidak dapat bergerak dan terlantar di atas katil sejak disahkan menghidap k4nser tu.lang Ewing Sarcoma, 2 bulan lalu,” katanya.

Menurut Ceaq, dia dikesan menghidap peny4kit itu selepas 2 hari mengalami s4kit belakang, susah untuk tidur, rasa kebas dan sukar mengalihkan badan.

Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran rumahnya di Megat Dewa, Jitra serta diberi ubat tahan s4kit, s4kit badannya masih berlarutan. Dia kemudiannya ke  Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan disahkan terdapat ketumbuhan di tulang belakangnya.

“Selepas membuang ketumbuhan itu pada 25 Mei lalu saya disahkan menghi.dap k4nser dan perlu membuat r4watan kem0terapi 6 kali di H0spital Pulau Pinang (HPP),” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Alor Goncaq, Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah.

Setelah 2 kali menjalani kem0terapi rambutnya gu.gur dan perlu berehat sepenuhnya di rumah. Beratnya yang dahulu 48 kg kini hanya tinggal 36kg kerana tiada selera makan akibat kesan kem0terapi.

Mahu La,wan K4nser, Mahu Hidup Sihat

“Saya akan cuba kuatkan semangat melawan k4nser ini kerana saya nak hidup sihat macam dulu selain membantu ibu dan ayah kerana mereka sanggup bersusah pa.yah mencari wang untuk membesarkan saya serta adik-adik.” Ujar Ceaq lagi.

Walau terkejut setelah dimaklumkan anak sulung daripada 3 beradik itu menghidap k4nser tulang, Ibunya, Norhanim Abdul Rahman, 36, redha dan menerima ujian Allah tersebut.

Norhanim yang hanya suri rumah bergantung sepenuhnya kepada suami Zarime Marazi, 30-an, dengan pendapatan RM1,200 sebulan sebagai juruteknik telekomunikasi. 2 anaknya yang lain masih bersekolah berusia 8 dan 15 tahun.

“..buat masa ini, saya tinggal di rumah ibu di sini, kerana lebih dekat membawa Amir Asyraf ke HSB memandangkan rumah di Megat Dewa, Jitra agak jauh,” katanya.

Tiada Kenderaan, Wang Simpanan Habis

Disebabkan tiada kenderaan, mereka terpaksa menyewa kereta setiap kali hendak menghantar Amir ke HPP untuk sesi kem0terapi. Wang simpanan mereka turut habis digunakan untuk menampung segala kos berkaitan rawatan anaknya.

“Lepas buat rawatan kim0terapi, dia dah boleh gerakkan jari kaki, tetapi tak boleh kuat sangat kerana masih le,mah tapi saya suruh dia buat senaman supaya dia boleh berjalan semula.

Tambah Norhanim, jika Amir tidak berselera untuk makan, dia akan menggantikan dengan susu formula khas kerana ia dapat membantu memberi tenaga kepada anaknya itu. Seperti ramai maklum, susu formula khas tersebut bukanlah murah, harganya mahal dan Norhanim tidak mampu.

Sementara itu, Pengerusi C4nser Surviv0rs Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi remaja itu menyalurkan sumbangan katil pes4kit, lampin pakai buang, susu khas, barangan keperluan makanan harian serta wang tunai kepada Amir Asyraf untuk membantu meringankan be.ban yang ditanggung keluarganya.

Sememangnya bukan mudah untuk keluarga ini. Semoga urusan mereka dipermudahkan.

Sesiapa yang berbesar hati, bersimpati untuk menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada remaja ini, boleh menghubungi ibunya, Puan Norhanim di talian 017-4654424.

Hari ini kita bantu mereka yang memerlukan, tiba hari saat kita memerlukan, Allah SWT akan mengirimkan insan-insan untuk membantu kita. InsyaAllah.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *