Juruterbang Rakam Cahaya Merah Misteri Di Lautan Atlantik, Ini Yang Terjadi

Baru-baru ini tular sebuah gambar memaparkan cahaya merah menyala di atas lautan. Gambar tersebut dirakam oleh seorang juruterbang yang melintasi lautan Atlantik yang dikongsikan di platform Reddit pada 22 Julai. Perkongsian itu menyatakan juruterbang yang mengambil gambar itu tidak pernah melihat kejadian seumpama itu.

Gambar itu tular dan ramai warga maya berteka teki dengan kejadian misteri itu. Tidak kurang juga yang berspe,kulasi mengaitkan ianya dengan kejadian akhir zaman atau perbuatan al!en.

Namun, antara teori yang logik dan boleh disandarkan adalah cahaya merah itu dikeluarkan oleh kapal nelayan menggunakan panel merah LED untuk menarik ikan saury (sejenis ikan tenggiri).

Memancing ikan saury ini menggunakan cahaya LED yang sangat besar di sekeliling bot nelayan untuk menarik perhatian ikan saury seterusnya memudahkan ikan tersebut ditangkap dalam jumlah besar di jaringan. Kaedah digunakan ini kerap dilihat di Lautan Pasifik.

Bagaimanapun, ada pilihan lampu lain yang lebih baik untuk para nelayan ini. Mereka mungkin menggunakan lampu yang pencahayaannya lebih terang seperti HID (high-intensity discharge) untuk kapal yang besar. Lampu keamatan tinggi ini bersinar naik ke angkasa hingga boleh dilihat secara jelas oleh pesawat yang melalui tempat tersebut.

Serakan cahaya dari kapal nelayan ini akan terjadi dalam persekitaran berkabus dan berawan rendah. Oleh kerana cahaya merah tersebut ditabir awan dan kabus, ia memancarkan cahaya merah d4rah, gelombang terpanjang yang mampu terhasil, keluar dari zon serakan cahaya tersebut, dan begitulah penampakannya dari udara.

Ikan saury ini tertarik kepada cahaya merah yang terang. Dengan penggunaan cahaya seperti LED atau HID ini membuat partikel-partikel dan umpan makanan di dalam air kelihatan jelas. Pastinya menggoda untuk ribuan ikan datang dan dengan mudahnya para nelayan mendapat hasil yang besar.

Ini bukan kali pertama cahaya merah misteri dilihat di lautan namun tiada sebab yang berkait aktiviti dengan memukat ikan, tiada kilat atau aktiviti dikesan dari radar cuaca mereka. Tiada jawapan ditemui, akhirnya misteri menyelubungi fikiran mereka.

Ada juga yang beranggapan ianya adalah lava yang keluar dari perut Bumi. Memetik Matgeo, ia adalah mustahil kerana Lautan Atlantik berkedalaman lebih 5 km.

Untuk rekod, ikan saury banyak terdapat di lautan Pasifik. Ikan saury di Atlantik pula boleh ditemui di Teluk Saint Lawrence, Kanada ke Bermuda.

Justeru, kemungkinan besar dan tepat ianya adalah aktiviti perikanan.

Sumber : Dailymail/Matgeo

Leave a Reply

Your email address will not be published.