Embun Salji Di Gunung Semeru Seolah Di New Zealand

Gunung Semeru. Gunung ini pernah meletus pada Disember 2021 hingga meng0rbankan belasan nyawa dan puluhan ceder4 akibat mele,cur serta ribuan kehilangan tempat tinggal. Peristiwa yang sangat menyayat hati.

7 bulan berlalu. Sesuatu yang mengujakan kemudian berlaku. Satu fenomena menarik berlaku di mana embun di kaki gunung Semeru membeku meliputi tanaman-tanaman di situ.

Fenomena yang terjadi di di Kampung Ranupani, Daerah Lumajang, Jawa Timur ini menarik perhatian dan menjadi tarikan pelancong.

Yuli Harismawati (Ketua Pejabat Pelancongan Daerah Lumajang) berkata fenomena alam yang jarang berlaku itu menyebabkan ada pelancong yang sanggup menunggu untuk mendokumentasikan fenomena itu melalui gambar atau video.

Penurunan suhu menghampiri sifat darjah Celcius itu menjadi punca fenomena embun beku di mana kerap berlaku sekitar Julai hingga September.

Faktor lain adalah kerana kedudukan Kampung Ranupani yang tinggi iaitu 2,300 meter dari aras laut.

Embun beku tersebut boleh dilihat di kawasan rata seperti di sekitar Tasik Ranupani dan Ranu Regulo.

Embun beku kaki Gunung Semeru

Embun beku tersebut juga menutupi tumbuhan sekali gus memberi gambaran Kawasan di kampung tersebut yang berada di kaki Gunung Semeru dilitupi salji.

Tambah Yuli lagi, penduduk dan pelancong yang berminat untuk melihat embun beku di Kampung Ranupani dan kawasan bersebelahan boleh tiba di situ  sebelum matahari terbit pada jam 5 pagi waktu tempatan (UTC +7).

Walaupun penduduk dapat menikmati embun beku di Kampung Ranupani, jalur pendakian di Gunung Semeru masih ditutup kerana status gunung berapi setinggi 3,676 meter itu masih pada tahap III (berjaga-jaga), mengikut Agensi Mitigasi Vulkanologi dan Bencana Geologi, katanya.

Katanya juga, tak perlu ke New Zealand dah untuk tengok salji, datang sahaja ke Lumajang.

Fenomena ini pernah juga terjadi pada tahun-tahun sebelumnya. Berikut foto-foto menarik yang dirakam pada waktu itu;

Sumber : Balipost/BH/Idntimes

Leave a Reply

Your email address will not be published.