Rezeki Terpijak, Wanita Dha’if Temui Berlian Ketika Mencari Kayu Api Di Hutan

Temui Berlian Ketika Mencari Kayu Api Di Hutan

NEW DELHI – Seorang wanita di Madhya Pradesh, India menemui sebutir berlian ketika keluar mencari kayu api di sebuah hutan pada Rabu lalu, lapor akhbar New York Post.

Dalam kejadian yang berlaku di kampung Purusottampur, wanita itu berlari pulang dengan membawa batu permata tersebut untuk memberitahu suaminya.

Pasangan itu pada awalnya tidak dapat mengenal pasti permata itu dan meminta bantuan seorang pakar berlian, Anupam Singh.

Rakaman menunjukkan wanita bernama Genda Bai itu memegang berlian tersebut sebelum memberikannya kepada seorang pegawai pengiring.

Batu permata itu dikatakan seberat empat karat (0.8 gram) dan nilainya dianggarkan mencecah AS$25,067 (RM111,551).

Permata tersebut akan dijual dalam acara lelongan berlian akan datang dan diharapkan dapat mengumpulkan sejumlah wang untuk keluarga Genda yang tinggal di sebuah rumah usang.

Rakaman menunjukkan Genda memegang berlian yang ditemuinya ketika keluar mencari kayu api. – Jam Press Vid/Newlions

Sebelum penemuan berharga itu, Genda bekerja menjual kayu api untuk membiayai kos penambahbaikan rumahnya. Dia menyifatkan rumahnya berada dalam keadaan sangat daif.

Genda Bai juga mempunyai empat anak lelaki dan dua anak perempuan yang akan berkahwin tidak lama lagi.

Dengan wang hasil penemuan batu berlian itu, Genda berpendapat dia akan memperoleh dana yang mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan kedua-dua anak perempuannya. – Agensi.

PENAFIAN: HARMAGIDUN TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MEMBAWA BERITA FAKE ATAUPUN H0AX SEKADAR UNTUK DAPATKAN HYPE ATAUPUN VIRAL.

Artikel-artikel yang dikongsikan di sini sekadar untuk menambahkan pengetahuan kita selain berkongsi info-info semasa yang berlaku seiring masa. Mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat..

> HARMAGIDUN<

Leave a Reply

Your email address will not be published.