Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah, Siap Suruh Gadai Emas

Gambar hiasan

Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan

Seperti yang kita sedia maklum, tanggungjawab mencari nafkah itu sememangnya menjadi tugas seorang suami, namun wujud segelintir kaum Adam yang lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawabnya memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Dalam satu ciapan, seorang wanita meluahkan perasaan tentang suaminya yang lepas tangan akan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan menjadikan agama sebagai alasan.

Nak keluar berdakwah 4 bulan

Dalam satu ciapan milik @pedoqpop, dia berkongsi tangkap layar mesej seorang wanita yang meluahkan perasaan tentang suaminya yang did4kwa lepas tangan dan meng4baikan tanggungjawab.

Gambar sekadar hiasan

Menerusi tangkap layar tersebut, difahamkan bahawa suami kepada wanita itu merupakan seorang pengikut tabligh yang sering keluar berdakwah.

“Aku isteri, ada anak kecil. Suami tabligh nak keluar selama empat bulan… berat hati nak lepaskan sebab anak masih kecil, kerja tak stabil dan aku hanya berniaga.

Hasil duit berniaga la aku hidup besarkan anak dan sara keluarga. Suami aku keluar empat bulan guna hasil niaga tu.

Banyak kali aku g4duh pasal tak izinkan dia keluar, tapi dia tetap Iawan, kemudian saIahkan aku dan cakap aku meIawan dia serta tak tahu agama..”

Wanita tersebut dalam mesej yang dihantar berkata, oleh kerana suaminya selalu menyentuh perihal agama, dia terpaksa berdiam diri demi mengelakkan perg4duhan.

Minta isteri gadai emas

Bukan itu sahaja, wanita itu juga meluahkan rasa kesaI akan suaminya yang tidak mempunyai sumber kewangan sendiri sehingga pernah meminta isterinya mengg4dai emas untuk mengikuti jemaah tabligh.

“Dia nak keluar tapi duit tak ada. Sampai tahap suruh aku gadaikan barang kemas supaya dia ada duit belanja ke sana..”

Walaupun tidak rela, dia masih menuruti kehendak suaminya itu kerana sering dimarahi serta dituduh kedekut kononnya tidak mahu berk0rban ke arah agama.

D4kwa wanita itu, dia ditinggalkan berseorangan menjaga anak-anak tanpa diberi sebarang nafkah.

“Dia cakap aku kedekut sebab tak nak tolong dia. Pada masa sama dia cakap, jangan risau pasal duit kerana sepanjang keluar jalan Allah… rezeki akan murah dan Allah permudahkan urusan.

Tapi yang tanggung beb4n tu nanti adalah aku. Dia tiada! Akulah yang kena beli barang kedai, nak masak dan jaga anak lagi… macam tiada suami.

Lebih teruk lagi, sepanjang tempoh suaminya mengikuti jemaah tabligh, wanita itu perlu mengumpul duit bagi membayar pinjaman kereta, serta menanggung kos perbelanjaan lain termasuk sewa kedai.

Netizen suruh tinggalkan suami

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata pengguna turut tidak berpuas hati dengan tindakan suami itu, serta ramai yang mencadangkan agar wanita itu untuk tinggalkan sahaja suaminya.

Golongan lelaki sebeginilah yang menyebabkan golongan ‘t4bligh’ dipandang serong oleh masyarakat. Semoga suami wanita tersebut sedar akan kesiIapannya dan kembali menjalankan kewajipannya pada isteri dan anak-anak.

Sumber: Twitter @pedoqpop

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *