Lelaki Bukan Islam Yang Suka Bantu Masjid, Surau Dan Asnaf

Agama tak jadi penghalang untuk berbuat baik sesama insan. Seorang lelaki berbangsa Cina sudah lebih 38 tahun menyumbang khidmat buat k0muniti Islam di negara ini.

Atas usahanya yang tak pernah putus itu membolehkan usahawan bernama Teh Hock Cheng, 59, menerima anugerah Ibnu Uraiqith sempena Majlis Anugerah T0koh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka di Pusat Islam Melaka semalam.

Beliau yang bergelar sebagai pengarah syarikat pembekalan makanan dan perusahaan itu menerima anugerah kateg0ri bukan Muslim yang banyak memberi sumbangan kepada Islam sempena majlis itu.

Masjid, Surau, Asnaf Jadi Keutamaan

Menurut Teh Hock Cheng, dia terlibat dalam aktiviti memberi bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama.

“Namun masjid, surau, asnaf dan orang miskin sentiasa menjadi keutamaan untuk diberikan bantuan.

Bantuan itu turut disalurkan ketika pan,demik C0vid19 melanda negara. Ianya termasuk usaha membaik pulih surau terba,kar dan bantuan terhadap masjid.

“Walaupun bukan Islam, namun hati saya terd0rong untuk menyumbang ikhlas termasuk bagi program Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Tak Peduli Kata Orang

“Saya tidak peduli kata orang asalkan dapat memberikan bantuan termasuk peru,batan,” katanya.

“Apa yang saya mahukan ialah untuk mengetahui lebih mendalam tentang agama Islam untuk ker0hanian dan kesejahteraan diri saya,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Hock Cheng yang menjadi antara 12 penerima Anugerah Khas TokohII Maal Hijrah 1444H Melaka itu menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM3,000 yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Tokoh Maal Hijrah Melaka

Sementara itu, tokoh Maal Hijrah yang utama disandang oleh Datuk Hasnah Salam (Pengerusi Yayasan Angin Ahmar Melaka), 68, yang menerima wang tunai sebanyak RM10,000 beserta sijil.

Aktivis sosial dan kebajikan peringkat negeri dan antarabangsa itu juga tidak menduga menerima anugerah berkenaan kerana menganggap apa dilakukan adalah ibadah.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, umat Islam di negeri ini perlu menghayati pengajaran daripada kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW untuk menyu,ntik semangat perju,angan dalam mengembalikan keagungan Islam menerusi penghijrahan minda ke arah yang lebih baik.

Tahniah buat kesemua penerima anugerah. Semoga pahala berpanjangan setelah usaha membantu ummah ini menjadi bekal berguna di alam sana.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.