“Pagi Ke Sekolah, Petang Jual Kuih..”- Netizen Kagum Lihat Kegigihan Peniaga Cilik 12 Tahun Cari Rezeki

Pagi Ke Sekolah, Petang  Bantu Ibu Jual Kuih

Satu posting daripada Page Vitaminbae sekali lagi tular di sosial media Facebook di mana mereka berkongsi gambar dan kisah mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang tidak kekok membantu ibunya menjaja kuih sendirian meskipun masih di bangku sekolah rendah.

Menurut Vitaminbae, kanak-kanak tersebut merupakan anak sulung  daripada beberapa beradik dan masih bersekolah di salah sebuah sekolah rendah di daerah Sandakan.

Jika dilihat daripada susun atur gerainya, pasti kita tidak percaya ianya disusun sendiri oleh kanak-kanak berusia 12 tahun ini.

Teliti sungguh kanak-kanak ini mengendalikan gerainya…

Demikian perkongsian daripada Page Vitaminbae:

Peniaga cilik yang comel ini baru berusia 12 tahun, ditemani dua lagi adiknya yang masih kecil membantu keluarga mencari rezeki dengan berjualan kuih muih di gerai pasar mini PPR Taman Mesra, Sandakan.

Lama saya perhatikan, pada sangkaan saya pasti ada orang tua yang akan datang membantu kemudiannya, namun sangkaan saya meleset. Rupanya hanya mereka bertiga ( si kakak dan dua adik ) yang mengatur (menyiapkan) sendiri persiapan jualan.

“..dik, mak adik kah yang buat semua kuih ni??”

“..ya bang..”

“..jadi mama di mana?”

“..di rumah bang..”

“..ouh adik sendirilah yang jual? jadi tak sekolahlah ni?”

“..sekolah bang, tapi sesi pagi..”

“..ouh jadinya balik dari sekolah terus bantu mama menjual..”

“..ya bang..”

Hebat semangatnya! Tak kenal erti penat dan tiada sedikitpun kelihatan keluhan dari riak wajahnya. Dengan bantuan rezeki kawan-kawan, kita borong semua jualan adik ni. Alhamdulillah..Terima kasih semua..

Adik ni anak sulung, sudah ada kesedaran tanggungjawab yang harus dipikul untuk membantu keluarga mencari rezeki.

Jangan risau dik, pasti kejayaan akan mengiringimu berkat pengorbanan yang kau sudah lakukan. Allahumma amin..

Demikian perkongsian daripada Vitaminbae.

Kanak-kanak seperti ini, yang sudah dididik dan dided4hkan dengan realiti kehidupan pada zaman sekarang pasti akan menjadi anak yang kuat dan tabah menghadapi ujian yang mendatang seiring waktu.

Lincah sungguh tangannya bekerja…
Aneka kuih muih yang dijual di gerai peniaga cilik ini…

Semoga kanak-kanak ini tumbuh menjadi insan yang berjaya kelak dan akan terus menginspirasikan masyarakat sekeliling.

Sumber : Vitaminbae

Leave a Reply

Your email address will not be published.