[VIDEO] Pengisytiharan Sultanah Kelantan Baru, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengisyti,harkan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan berkuat kua,sa pada hari ini.

Pengisytiharan mengenai perkara itu dilakukan oleh Men,teri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yak0b di Istana Balai Besar Kota Bharu, Kelantan.

Dalam ucapannya Ahmad berkata, pengisytiharan itu dibuat mengikut Fasal (1) Per.kara 43 Undang-Undang Tubuh Keraj.aan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Che Puan Sofie Lousie Sebagai Che Puan Mahkota Kelantan

“Pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ini turut dinamakan di dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Her Highness Sultanah of Kelantan’ dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahk0ta Kelantan sebagai ‘Her Highness Che Puan Mahk0ta of Kelantan.

“Baginda turut mengampuni perkenan untuk mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahk0ta Kelantan ke hadapan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Lousie Johansson Petra iaitu isteri Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan,” katanya.

Katanya, sehubungan itu, Che Puan Sofie Lousie akan menggunakan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan.

Tambah Ahmad, kesemua kurniaan pangkat kemuliaan adalah berkuatkuasa pada hari ini iaitu 4 Muharram 1444 Hijrah bersamaan dengan 2 Ogos 2022.

Semoga rumahtangga Tuanku Sultan diberkati Allah, dilimpahkan hidayah dan rahmat, berkekalan sehingga ke syurga.

Sumber; Rotikaya

Sumber :NST/ Kosmo/Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.