[VIDEO] ‘Perpisahan’ Rohana Dan Ibu Angkatnya, Laoshi Pesan Jaga Solat

Kisah seorang gadis Melayu, Rohana dan bekas gurunya berbangsa Cina, Chee Hoi Lan sudah menjadi sorotan media sejak tahun lepas lagi. Kasih sayang tanpa syarat antara dua ‘beranak’ ini menjadi pujian ramai.
Kisah Rohana Dan Laoshi]
[Baca Juga :Baru-baru ini, kedua beranak ini menerima berita gembira di mana Rohana ditawarkan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Tiba hari yang dinantikan, waktunya untuk Rohana bertolak ke menara gading tersebut. Pastinya ia detik yang menye,dihkan buat mereka. Dalam kesedihan, Laoshi tidak lupa berpesan kepada Rohana.
Chee Hoi Lan berpesan, “Jaga s0lat dan jangan lupa nilai murni dalam diri.”
Seperti ibu-ibu yang lain, Hoi Lan berasa sangat gembira apabila anak angkatnya yang dijaga sejak berusia 2 bulan itu berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.
“Saya gembira dia menyambung pelajaran di UTeM, memang be,rat hati hendak berpi,sah tetapi demi masa depan dia saya relakan juga.
“Sebagai manusia nilai murni atau m0ral jangan lupa, s0lat semua jaga dan saya pesan supaya telefon dia (Rohana) mesti sentiasa on (hidup), boleh tanya pergi mana dan bila balik,” katanya.

Hoi Lan ditemui selepas menemani Rohana yang merupakan antara 660 pelajar diploma daripada 5 kursus ditawarkan UTeM yang mula berdaftar di K0mpleks Dewan Kuliah Kampus Induk UTeM pada Isnin, 1 Ogos.
Sementara itu, R0hana memberitahu, dia teruja untuk menghadiri kelas pertamanya, namun pada masa sama bimb4ng keadaan ibu angkatnya yang tinggal bersendirian di rumah.
Menurut pelajar Dipl0ma Sains K0mputer itu, paling lama dia berpis4h dengan Hoi Lan kira-kira 2 minggu sahaja bagi menyertai aktiviti persek0lahan.
“Hati ini bertambah berat apabila perlu meninggalkan Laoshi untuk tempoh yang lama dan berjauhan dari Kuala Lumpur apatah lagi laoshi sudah tua dan tiada siapa yang menjaganya,” ujarnya lagi.
Semoga Laoshi sihat dan selamat di rumah dan semoga Rohana berjaya dalam pelajaran serta pulang untuk berbakti dan mengharumkan nama ibu angkat tercintanya.
Sumber : Harian Metro/ SeaToday / Kosmo