11 Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang, Rugi RM100 Ribu

11 beranak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman yang mereka diami sejak 38 tahun lalu musn4h dalam keb4karan di Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan, semalam.
Dalam kejadian 9.40 malam itu, m4ngsa keru,gian sebanyak RM100,000 selepas harta benda termasuk 6 buah motosikal dan sebuah kereta mus,nah.
Ketika kejadian, Hasiah Saat, 59, yang tinggal bersama 3 anak, 2 menantu dan 5 cucu sedang men0nton televisyen sebelum menyedari api marak dari salah sebuah bilik.
“Tiba-tiba seorang anak menjerit lari. Kami terkejut sebelum menyedari api sudah marak di bilik tidur di tingkat atas rumah.” Katanya lagi.
Anak ke-2 Hasiah, Nik Suhana Nik Hassan, 38, berkata, mereka sekeluarga sangat sedih apabila rumah yang dihuni sejak 38 tahun lalu musn4h dalam keb4karan.
Bagaimanapun, dia juga bersyukur apabila semua ahli keluarganya selamat termasuklah seorang bayinya yang berusia 7 bulan.
“Kami kini tinggal menumpang di rumah adik-beradik lain di kawasan berhampiran buat sementara waktu.
“Kami berharap ada pihak yang sudi membantu memberi kediaman baharu buat kami yang hilang tempat berteduh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai B0mba dan Penyelamat Gua Musang, M0hd Arifuddin Akif Mohd N00r ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan kecem4san pada 9.53 malam dan keb4karan dapat dikawal pada pukul 12.35 tengah malam.
Katanya, punca kejadian masih disi4sat.
Berat mata memandang berat lagi kehilangan yang ditanggung keluarga ini. Semoga apa yang hilang diganti dengan yang lebih baik.
Sumber : Harian Metro
Jika kita kehilangan sesuatu bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ini.
Maksudnya ;
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah, Ya Allah ! Berikanlah aku pahala di dalam musibah yang ku deritai ini dan gantikan yang lebih baik. [HR Muslim, no. 918]
Semoga diberi ketabahan dan redha dengan ujian Allah SWT.