Jangan Buang Kulit Udang, Ini Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu

Udang sinonimnya dijadikan hidangan di dalam masakan seperti tomyam. Apa sahaja jenis sajian yang diletakkan udang akan menambah perisa dan lebih beraroma. Ia bukan sahaja enak dimakan, tapi bermanfaat untuk kesihatan.
Sayang sekali, ramai yang suka membuang kulitnya sebelum dimakan walhal ia penuh dengan khasiat, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.
Menurut pengamal perubatan, Dr Mazliana Mazlan, kulit udang sebenarnya sangat bernilai dan tinggi kalsium.
Baca perkongsian beliau;
Kulit udang jangan buang tau.
Tinggi betul dengan kalsium, bagus untuk pertumbuhan tu,lang dan gigi anak-anak.
Kalau udang kecil, ajak je anak makan sekali dengan kulit.
Kalau udang besar dan anak tak boleh makan, k0pek siap-siap dan reneh sup kulit udang untuk anak. Simpan dan guna bila perlu.
Masuk sup kulit udang dalam sayur pun sedap sangat kan.
Kita yang dewasa, kalau b0leh makan udang sekali dengan kulitnya, itu pun boleh menambah kalsium dalam badan kita. Semakin berusia, semakin rapuh tu,lang kita.
Khasiat lain dari kulit udang, selain kalsium;
- F0sforus
- Ir0n
- Magnesium
- Zink
- S0dium
- P0tasium
- Selenium
Banyak kan mineral yang ada.
Makanan yang kita selalu buang, yang tak nampak macam ada nilai pun, tapi sebenarnya banyak betul khasiat yang ada kan.
Inilah namanya real f00d. Betul-betul kita boleh panggil sebagai makanan dan ianya beri nutrisi pada tubuh badan anak.
K0rang cuba cari udang laut ok, insyaAllah pilihan lebih baik dari udang bela.
Kita cuba sama-sama tau, perbanyakkan real f00d tinggi nutrisi buat anak-anak. Dan elakkan ultra processed f00d yang mungkin boleh bawa kebur,ukan pada anak-anak jika diambil dengan kadar yang kerap.
Demikian kongsinya.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsikan kepada rakan dan keluarga.
Sumber : Facebook Dr Mazliana Mazlan