Puasa Asyura, 10 Muharam, Menghapus D0sa Setahun Yang Lalu

Setiap tahun apabila menjelang bulan Muharam, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharam atau lebih dikenali dengan Hari Asyura. 10 Muharam 1444H pada tahun ini jatuh pada 8 Ogos 2022 iaitu pada hari Isnin.

SALAH SATU BULAN YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu mengani4ya diri kamu dalam bulan-bulan yang dih0rmati itu (dengan melanggar laranganNya) dan per4ngilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. [Surah At – Taubah : 36]

Bulan Muharam membawa maksud “Bulan Terlarang” dalam kalangan 0rang Arab, dan dianggap suci dalam kalendar mereka. Pada bulan tersebut juga, 0rang Arab dilarang melakukan sebarang peper4ngan, pemb*nuhan dan kek4saran.

Kemuliaan Ramadan ada pada malam Lailatul Qadarnya, kemuliaan bulan Zulhijah pula ada pada Hari Arafahnya. Begitu juga bulan Muharam, kemuliaannya ada pada Hari Asyura.

Imam As-Sayuti mengatakan pada zaman jahiliah tidak disebut bulan Muharam, ia disebut Safar Awal dan selepas itu Safar Thani. Apabila datangnya Islam, Allah menamakan Muharam dan dinamakan sebagai ‘Bulan Allah’.

KELEBIHAN 10 MUHARAM

Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat pada 10 Muharam berdasarkan nas dan hadis yang sahih.

Kata Ibn Abbas apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata :

Maksudnya : Aku tidak pernah melihat Rasulullah mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini – iaitu hari ‘Asyura. [HR Bukhari 2006].

Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Ini menunjukkan bahawa puasa ‘Asyura lebih afdhal berbanding hari-hari lain untuk berpuasa selepas Ramadan. Zahir hadis Muslim pula menunjukkan bahawa puasa pada Hari ‘Arafah lebih afdhal berbanding puasa pada Hari ‘Asyura. Dikatakan hikmahnya adalah kerana Puasa ‘Asyura dinisbahkan kepada Musa AS manakala Puasa ‘Arafah pula dinisbahkan kepada Nabi Muhammad. Oleh yang demikian, Puasa ‘Arafah lebih afdhal. [Fath Al-Bari. Dar Al-Salam, 4/315].

Pada hari itu juga Nabi Musa AS diselamatkan manakala Firaun dan pengikutnya ditenggel4mkan.

Dari Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata:

Maksudnya : Rasulullah tiba ke Madinah dan baginda dapati golongan Y4hudi berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka : Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggel4mkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa AS berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran. Kata Rasulullah : Aku lebih utama ke atas Musa AS berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut. [HR Bukhari 3397]

KEUTAMAAN PUASA PADA BULAN MUHARAM

Imam As-Suyuti dalam Syarah As-Suyuti ‘Ala Sahih Muslim mengatakan, keutamaan puasa pada bulan Muharam setiap tahun amat digalakkan kerana puasa ialah sebaik-sebaik amalan seperti mana sebaik-baik s0lat selepas fardu, s0lat malam.

Sabda Rasulullah;

Maksudnya: “Sebaik-baik puasa setelah Ramadan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.” [HR Muslim 1163]

Ibnu Abbas bercerita di awal keberadaan Nabi SAW di Madinah, beliau menemukan kebiasaan warga Y4hudi yang berpuasa pada tanggal 10 Muharram / Asyura. Beliau bertanya: Apa keutamaan hari ini? Mereka menjawab: ini hari bersejarah bagi kami. Pada hari ini Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa AS dari Fir’aun. Nabi Musa AS berpuasa pada hari ini. Mendengar jawapan itu beliau bersabda: saya lebih berhak untuk menghormati Musa AS daripada kalian. Maka Rasulullah SAW berpuasa dan mengajak umat untuk berpuasa. [HR Muslim 1130]

Orang Y4hudi puasa 10 Muharam kerana ingin meraikan Nabi Musa yang bebas dari Firaun. Sebab Nabi Muhammad menyebut “Aku lebih layak ke atas Musa daripada kamu” adalah :

Profesion Nabi Muhammad dan Nabi Musa sama. Kedua-duanya Nabi dan pengembala kambing.

Nabi Musa yang menasihati Nabi Muhammad untuk mengurangkan s0lat dari 50 kepada 5 dalam peristiwa Israk Mikraj.

KELEBIHAN PUASA PADA 10 MUHARRAM

Bagi mereka yang mencari keampunan Allah maka ganjaran yang dijanjikan ialah diampunkan d0sa setahun yang lalu.

Dari Abu Qatadah : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang puasa ‘Asyura, Baginda menjawab:

Maksudnya : Aku berharap ke atas Allah agar dapat mengampunkan d0sa setahun yang berlalu. [HR Muslim 1162]

Terbuktilah bahawa amalan berpuasa pada Hari ‘Asyura’ atau 10 Muharam merupakan sunnah Nabi.

Bersama-samalah kita mencari keberkatan dengan berpuasa sunat bukan sahaja pada 10 Muharam tetapi dianjurkan juga berpuasa pada 9 Muharram berdasarkan hadis:

Maksudnya : Ketika Rasulullah berpuasa pada Hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! ‘Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Y4hudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada Hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam).

Berkata Ibn Abbas : Belum tiba tahun hadapan, Rasulullah telah w4fat”. [HR Muslim 1916]

CARA BERPUASA PADA 10 MUHARAM

Disunatkan untuk berpuasa pada 10 Muharam seperti yang terdapat di dalam hadis.

Kata Imam Syafie, disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam kerana Rasulullah SAW berniat untuk berpuasa pada tahun yang akan datang dengan berpuasa 9 dan 10 Muharam.

Dibenarkan berpuasa bagi mereka yang ingin puasa pada 10 Muharam sahaja. Yang paling baik adalah 9 dan 10 Muharam. Ini kerana kata Imam Nawawi, puasa pada 9 Muharam adalah untuk membezakan puasa orang Y4hudi yang turut berpuasa pada 10 Muharam.

Semoga amalan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Sumber : Yadim

Leave a Reply

Your email address will not be published.