Perceraian Yang Meraih ‘Pujian’ Dan Doa, Ini Sebabnya

11 tahun melayari bahtera perkahwinan bukan satu usia yang sekejap. Bagaimanapun, skrip perjalanan jodoh sudah tertulis. Apa yang terbaik, berusaha sepenuh hati untuk ikhlas, redha dan bersabar dengan ujian yang menimpa.

Kisah perceraian pasangan popular Noh Hujan dan Mizz Nina sehari dua ini sangat mengejutkan penggiat industri hiburan seni dan juga khalayak, khususnya para peminat pasangan ini.

Hampir semuanya melahirkan rasa se,dih dan terkejut dengan berita perceraian tersebut kerana menganggap pasangan berkenaan sebagai pasangan ideal dan menjadi contoh ramai sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka turut memuji pendekatan tenang pasangan berkenaan kerana tidak berk0ngsi waima sekali pun kebu,rukan dan ‘aib antara satu sama lain kepada umum sebelum atau selepas mengumumkan berita perpisahan mereka.

“Sedih mengetahui Nina dan Noh mengambil keputusan untuk berpisah. Kedua-duanya merupakan insan hebat tetapi mungkin itu keputusan yang terbaik buat mereka,” ciap seorang pengguna media s0sial.

“Kaum Hawa b0leh menc0ntohi sikap Nina yang sangat tenang terima ujian Allah SWT, masih menjaga aib suami. Itu yang sepatutnya dilakukan, bukannya viral dan heb0h sana sini,” puji seorang lagi warga maya.

“Mungkin ramai yang akan menyebelahi Nina tetapi buat N0h, sem0ga kekal kuat! Raingers (kelab peminat Hujan) masih perlukan karya-karya hebat anda!” tulis seorang pengguna Twitter pula.

Sehingga kini, kisah perceraian mereka hangat diperkatakan sehingga nama ‘Mizz Nina dan ‘Noh Salleh’ trending dalam Twitter.

Dalam pengumuman perceraian yang dibuat menerusi media sosial tersebut, mereka memberitahu keputusan untuk berpisah diambil selepas melakukan banyak pertimbangan dan memilih untuk kekal berkawan kelak.

Malah, mereka juga mem0hon diberikan ruang privasi sepanjang tempoh idah. Buat warga maya, berhentilah mencari punca perpisahan mereka. Hakikatnya kita semua tidak sempurna.

Tenang dan matang. Itu yang kelihatan daripada kedua insan ini. Semoga kedua figura ini menemui kebahagiaan semula di haluan masing-masing tanpa cerita yang tidak enak didengar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.