[Video] Wanita Purdah Bersentuhan Ketua Kumpulan Ajaran Ses4t Hadi Minallah

Semalam tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tindakan beberapa wanita yang berniqab putih memeluk dan menci,um seorang lelaki.

Lelaki tersebut dipercayai ketua kumpulan ajaran Hadi Minallah dan majlis yang diadakan adalah satu konvokesyen yang diadakan di Aseana Hotel Langkawi pada Jun lepas.

JHEAIK Pantau

Susulan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) melakukan pantauan terhadap kumpulan Hadi Minallah dan pengikutnya di negeri tersebut.

Datuk Mohd. Yusri Md. Daud (Pengarah JHEAIK) berkata, sia.satan awal mendapati pertubuhan yang berasal dari Indonesia itu tidak aktif di Kedah dan sekadar menggunakan pulau Langkawi tersebut sebagai l0kasi perhimpunan.

“Kumpulan ini berasal dari Ind0nesia dan berpusat di Singapura. Belum ada cawangan di Kedah termasuk di Langkawi yang mana majlis berkenaan menghimpunkan semua ahlinya dari negeri lain juga.

“Walau bagaimanapun, kita memantau kegiatan mereka ini dan akan mengambil tin.dakan susulan,” katanya semalam.

Menurutnya JHEAIK akan turut bekerjasama dengan pihak polis dalam misi tersebut selain turut menasihati agar orang ramai menjauhi kumpulan itu kerana dikhuatiri terpes0ng daripada ajaran Islam.

 

 

JAKIM BERTINDAK

Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan turut membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya K0munikasi dan Multimedia Malaysia supaya menyek4t serta mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad turut meminta supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan kumpulan berkenaan yang aktif menyebar dak.yah mereka melalui media s0sial.

Sementara itu, aktivis Yusuf Azmi turut menyuarakan tentang hal ini di laman sosial beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran ‘Hadi Minallah’ atau ‘Nur Mutiara Makrifatullah’.

Katanya, video tular semalam adalah gelagat para isteri pengikut Hadi yang secara sukarela bersentuhan dengannya dalam satu majlis k0nvokesyen ‘Sijil Penamat Risalah Bab Kesucian yang telah diadakan di Langkawi pada 10-13 Jun 2022, lalu.

Beberapa pengguna media sosial turut mendakwa ajaran tersebut sedang aktif di Kajang dan Johor.

Meninjau ruangan laman utama Facebook ajaran Hadi Minallah turut mendapati ada rakyat Malaysia yang berminat dan cuba hendak mempelajari ajaran itu.

Semoga ajaran ini dibanteras segera agar tidak menular di negara ini.

Sumber : Kosmo/Utusan/TikTok Ahmad Iqram

Leave a Reply

Your email address will not be published.