72.1% Lepasan SPM Enggan Sambung Belajar? Jangan Salahkan Mereka – Pensyarah

Baru-baru ini dilaporkan bahawa sebuah kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan Pe­rangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 % lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran.

Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend tersebut dipercayai akan berterusan pada 2020 dan 2021.

Data kajian tahun 2019, membabitkan 560,000 cal0n SPM yang mengambil peperiksaan namun selepas keputusan , hanya kira-kira 170,000 yang memilih untuk menyambung pengajian manakala baki­nya 390,000 memasuki pasaran kerja.

3 Faktor Utama

3 faktor utama mereka tidak minat menyambung pelajaran ialah;

  • banyak peluang pekerjaan menerusi platform gig,
  • terpengaruh menjadi pempengaruh di media sosial dan
  • beranggapan belajar tinggi bukan jaminan mendapat pekerjaan lebih baik.

Isu ini meraih perhatian bukan sahaja kementerian pelajaran malahan segenap lapisan pendidik.

Seorang Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi & Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee merespon kepada isu ini berkata, jangan hanya menunding jari kepada pelajar-pelajar tersebut.

Sebaliknya kerajaan perlu mengkaji kenapa trend itu berlaku dan dijangka isu ini akan berterusan pada masa akan datang jika lambat bertindak. Negara bakal berdepan masalah kekurangan tenaga kerja pr0fesional dalam sekt0r kri.tikal 15 atau 20 tahun akan datang.

Akibatnya, negara akan terpaksa mengimp0rt pekerja pr0fessional dari luar negara kerana pekerja tempatan kita hanya ramai dalam sektor kemahiran manakala tenaga professional yang memerlukan sijil diiktiraf seperti pensyarah, doktor dan sebagainya, kurang!

Dr Umi Hamidaton

Tahap Gaji Kekal Kadar Sama Sejak 10 Tahun Lepas

“Kerajaan kena ambil tahu kenapa lepasan SPM tak mahu sambung belajar. Pertama sekali, yuran pendidikan terlalu tinggi. Kedua, permintaan industri yang mahukan pekerja berpengalaman dan tak pentingkan tahap kelulusan pendidikan; dan ketiga tiada jurusan sesuai dengan keputusan SPM mereka malah paling penting, gaji yang ditawarkan itu terlalu rendah,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tahap tangga gaji di Malaysia kekal pada kadar sama sejak 10 tahun lepas.  ini cukup membuatkan lepasan SPM memilih menyertai sektor ek0nomi gig, contohnya penghantar makanan dalam talian.

Kerajaan Ada Pilihan

Antara pilihan yang kerajaan ada dalam menangani isu ini adalah dengan;

  • mengurangkan kadar yuran,
  • menawarkan kursus jangka pendek dan lebih fleksibel, serta
  • menawarkan kursus sijil atau diploma bersesuaian dengan sektor ekonomi gig.

Kata Umi lagi, kaedah menawarkan kursus jangka pendek fleksibel sudah lama dilakukan oleh universiti swasta. Oleh itu, universiti awam harus mengambil pendekatan ini juga dengan bekerjasama bersama universiti swasta.

Jika belanjawan khusus sudah diluluskan untuk memulihkan ekonomi pasca pan,demik kenapa tidak dalam sektor pendidikan?

“Kena ingat, akibat C0vid, ramai ibu bapa diberhentikan kerja. Mereka berju.ang mahu meneruskan hidup dengan keluarga, inikan pula mahu menanggung anak sambung belajar lepas SPM? Kerajaan kena buat sesuatu,” katanya.

Semoga perkara ini diambil tindakan sesegera mungkin di peringkat pimpinan negara agar negara tidak kehilangan pelapis kepada golongan profesional yang akan menuang bakti pada negara pada masa akan datang.

Sumber : Utusan/ MSN

Leave a Reply

Your email address will not be published.