Saji Makanan ‘Perisa Najis Tikus’, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup

Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup

Kebersihan adalah antara perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum seseorang itu mahu berniaga barang makanan.

Tanggungjawab mereka yang membuka gerai makanan bukan sahaja memastikan kedai itu menarik, tetapi juga berada pada tahap kebersihan yang baik bagi mengelak berlakunya sebarang masalah kesihatan di masa hadapan kelak.

Bagaimanapun, jika anda pernah berkunjung ke restoran yang tidak menjaga kebersihan, tekak anda pasti akan terasa l0ya. Seperti sebuah restoran di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang menyajikan makanan berperisa ‘najis tikus’ selepas pihak berkuasa dilaporkan menemui najis tikus bukan sahaja di ruang makan, malah hampir keseluruhan ruang premis tersebut, lapor Sinar Harian.

Ketika serbuan ke restoran mee goreng terkenal sejak 40 tahun lalu ini, pihak berkuasa mendapati pihak restoran gagaI mematuhi tahap kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa apabila n4jis tikus turut boleh dikesan di bahagian ruang hadapan, ruang makan, tempat penyimpanan barang, almari penyimpanan perkakas dan dapur memasak.

Lebih ‘hardc0re’ lagi, MalaysianGazzate melap0rkan bahawa pihak berkuasa turut menemui n4jis tikus berhampiran dengan cucur yang baru siap disediakan pekerja restoran terbabit sebagai bahan dalam penyediaan mi goreng.

Difahamkan ini bukanlah kali pertama tetapi ia merupakan kali ketiga restoran nasi kandar terkenal ini dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kesih4tan.

Segala macam am4ran, s4man dan notis sudah diberikan oleh pihak berkuasa, namun tiada penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak restoran untuk memastikan bahawa restoran mereka diselenggara mengikut tahap kebersihan yang telah ditetapkan.

Sumber : MalaysianGazzate

BACA JUGA :

Anak Kecil, barusia 50 hari,Seakan Memahami Dan Meredhai, Kemana Pergi Ayahnya…

Sebelum pulang kerja Allahyarham Akmal telah sempat menghubungi ibunya, memesan nak makan Ikan siakap masakan air tangan ibunya.

Mama : Akmal mintak mama masakkan, mama dah siap masakkan, awat akmal tak balik-balik… Mama masak ikan siakap ni. . Akmal dah minta mama tunggu Akmal, Akmal……..

Akmal seorang anak yang sangat baik, baik dengan ibu bapa, baik dengan orang ramai, dengan saudara dan kawan-kawan pun Akmal tinggalkan kenangan yang indah buat mereka semua, agar mereka selalu ingat dekat Akmal, tak lupa dekat Akmal..

Dari H0spital HUKM, Ke…(Baca selanjutnya)

Leave a Reply

Your email address will not be published.