[Video] Awan Hitam, Ribut Luar Biasa Landa Pantai Geting, Khemah2 Berterbangan

Dahsy4t dan menakutkan. Itu yang dapat digambarkan semasa ribut melanda Pantai Getting kelmarin. Akibatnya, pengusaha khidmat sewaan kanopi kerugian sebanyak RM150,000.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 7 petang di lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat itu bertukar menjadi ce,mas. Pr0gram yang sepatutnya berakhir dengan acara kemuncaknya adalah persembahan dikir barat dan cabutan bertuah terpaksa dibatalkan.

Antara kerugian yang dihadapi adalah 14 khemah jenis ‘monkey tent’ yang k0yak, selain 5 lagi diterbangkan angin. Peralatan elektrik termasuk kipas serta lampu dan 500 kerusi plastik turut mengalami ker0sakan.

Nik Mohamad Faris Nik Zolkepli Amin, 31, yang menerima panggilan pekerjanya sekitar 6.50 petang berkata, semua ker0sakan itu sudah r0sak sepenuhnya memandangkan ia mus,nah dan sudah tidak boleh digunakan. Namun, menganggap ianya ujian.

“Sebaik sampai ribut baru sahaja reda dan keadaan memang sangat te,ruk dengan khemah utama membabitkan 14 ‘monkey tent’ yang disambung, r4nap dan 5 dari 10 khemah kecil bersepah merata tempat akibat diterbangkan ribut.

Katanya lagi, selama 20 tahun menjalankan khidmat sewaan yang bermula daripada bapanya itu, belum pernah lagi dia berdepan kejadian sebegitu yang menyebabkan mereka menanggung keru,gian besar.

Ben,cana ini pernah berlaku beberapa tahun lepas namun tidak sete,ruk semalam.

Sebelum kejadian, awan hitam muncul secara perlahan-lahan sebelum kepala angin mula ‘menyer4ng’ kawasan tumpuan orang ramai itu.

Kemudian, ribut kencang bersama hujan lebat yang berlaku lebih setengah jam. Pengunjung bertempiaran lari menyelamatkan diri ketika suasana semakin ce,mas dengan objek-objek berterbangan.

Ada di antara pengunjung yang terus masuk ke kereta namun tidak berani meneruskan perjalanan kerana risau ditimpa pokok dan sebagainya. Mereka terpaksa menunggu hingga keadaan perlahan-lahan reda.

Ben,cana alam seperti ini tiada siapa yang dapat menjangka. Semoga mereka yang terbabit keru,gian bersabar dengan ujian yang menimpa dan dimurahkan dengan rezeki yang lebih baik.

Sumber : BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *