Bayi 6 Bulan Terk0rban, Bapa Angkut Naik Motosikal 12 Jam Tengok Bola

Kerana eg0 dan 0bses, anak menjadi k0rban. Hendak menye,sal pun tiada guna. Nasi sudah menjadi bubur.

Seorang bayi berusia 6 bulan menemui aj4l apabila di bapa membawanya menaiki motosikal dan menempuh perjalanan selama 12 jam berjarak sekitar 500 kilometer semata-mata untuk menyaksikan permainan bola sepak pasukan kegemarannya iaitu pasukan Persebaya, pada 1 Ogos lepas.

TR4gedi menye,dihkan itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada bayi tersebut di laman Twitternya, @jungkangFamily pada 5 Ogos baru-baru ini.

Menurut perkongsian itu dia memaklumkan mereka sekeluarga menaiki motosikal dengan penuh semangat untuk menyaksikan perlawanan tuan rumah yang pertama di stadium Gelora Bung Tomo Surabaya.

Mereka betolak dari Tegal pada jam 5.38 petang pada Sabtu dan tiba di Surabaya pada jam 7.15 pagi Ahad.

Ketika itu bayinya mengalami ba,tuk berkahak dan sukar untuk bernafas. Mereka kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Ewa Pangalila untuk mendapatkan rawatan.

Malangnya, peralatan perubatan di h0spital tersebut tidak lengkap. Bayinya dirujuk ke h0spital lain di Rumah Sa,kit Pusat Angkutan Laut (RSAL).

Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan ambulans, mereka pun membawa anaknya menggunakan motosikal ke RSAL.

Sesampai di situ d0ktor memaklumkan keadaan bayinya yang sudah terlalu le,mah dan akhirnya disahkan meningg4l.

Perkara itu membuatkan Al-Fajri teramat menye,sal dengan sikap fanatiknya untuk menonton bola hingga telah menyebabkan permata hatinya pergi buat selamanya.

“Saya mengakui kesilapan saya, kecuaian saya sebagai ayah. Saya yang b0d0h, saya bukan seorang bapa yang baik, tolong jangan ulangi kesilapan saya.” Katanya.

D0ktor yang merawat bayinya kemudian memaklumkan adalah sangat tidak sesuai untuk bayi dibawa di atas motor apa lagi perjalanan yang jauh atas sebab kepala dan leher mereka masih terlalu le,mah dan boleh menyebabkan risik0 besar untuk bayi.

Perkara ini turut menimbulkan kema,rahan ramai warganet, namun masih ada yang turut bersimpati mengucapkan takziah. Pasukan Persebaya tidak ketinggalan turut menzahirkan ungkapan takziah kepada keluarga tersebut.

Semoga menjadi iktibar buat ibu bapa di luar sana betapa pentingnya ilmu parenting. Sentiasalah mendalaminya, walau seperti sudah banyak yang diketahui, tetap ada perkara-perkara yang perlu dipelajari lagi.

Takziah buat keluarga al-Fajri.

Sumber : Pikiran Rakyat / Twitter AlFajri

Leave a Reply

Your email address will not be published.