Penampakan A’neh Hujan Turun Setempat, Hanya Satu Kereta Basah Cetus Tanda Tanya

Penampakan A’neh Hujan Turun Setempat

Penampakan aneh hujan turun setempat, hanya satu kereta sahaja yang basah di situ sementara yang lain masih kering. Sungguh, ia memang mencetus tanda tanya sesiapa yang melihatnya.

Selalunya ketika hujan turun di sesebuah zon, ia pasti akan meliputi keseluruhan kawasan tersebut. Malahan, hujan juga akan turut hadir di beberapa kawasan berhampiran pada waktu yang sama.

Namun, lain pula yang berlaku pada sebuah klip video yang tular ini. Video yang menjadi viral itu menunjukkan hujan hanya turun setempat di atas sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta yang sesak.

Rakaman yang dirakam itu menunjukkan, kereta itu kelihatan seolah-olah sedang berada di bawah pancuran mandian. Bagaimanapun, tempat kejadian tidak pula disebutkan di dalam klip video berkenaan.

Jelas terlihat, hujan hanya turun pada satu kereta SUV sahaja walaupun terdapat tujuh kereta lain diletakkan di sebelah kenderaan putih itu. Lantai di mana kereta itu diletakkan juga basah terkena air hujan, manakala lantai kereta lain pula kering.

Kapsyen bersama yang terdapat pada video itu juga berbunyi, “Hujan pada satu kereta sahaja.”

‘Pancuran air hujan’ itu telah dirakam dari sekurang-kurangnya tinggi beberapa tingkat apabila kamera dicondongkan ke arah atas. Boleh dilihat dengan jelas bagaimana satu aliran air telah mencurah deras dari langit ke atas kereta SUV putih itu.

Video itu telah dikongsi di Twitter oleh laman akaun bernama D4mn Thats Interesting. Sejak disiarkan dan tular, ia telah mengumpulkan lebih 42,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 6,000 tweet semula (retweet) oleh netizen.

Sumber: India Times, Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *